Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol II 

Assalamualaikum… :)
Alhamdulillah syukur kepada ILLAHI kerana Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol II anjuran Kelab Fasilitator Bitara (KeFB), UPSI telah selamat dijalankan pada 24 Mac 2013 yang lalu. Bengkel ini merupakan idea daripada Penasihat KeFB sendiri iaitu Cik Najidah binti Yahaya yang telah dipertanggungjawabkan kepada Exco Akademik KeFB. Ia merupakan kesinambungan daripada program jemputan pada semester lepas iaitu Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol.
Sasaran utama kami ialah semua ahli KeFB dan kami juga menerima beberapa orang bukan ahli yang sudi menyertai bengkel ini.
Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol II ini dilaksanakan dengan tujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ahli KeFB berkenaan ilmu protokol terutama protokol dalam majlis rasmi serta cara mengendalikan sesebuah organisasi dengan tepat, lebih-lebih lagi Program Eksklusif Sekolah Bitara III (PESB III) akan menjelang tidak lama lagi.  
Bengkel ini terdiri daripada 2 slot iaitu slot pengurusan dan slot protokol. Antara pengisian yang telah diperoleh oleh para peserta dalam slot pengurusan ialah cara membuat kertas kerja, surat-menyurat, laporan penuh program dan pengurusan kewangan. Manakala dalam slot protokol pula, setiap peserta dilatih berkenaan protokol di meja makan dan protokol dalam majlis rasmi. Setiap slot bukan sahaja diajar teori, tetapi peserta juga perlu mengaplikasikannya melalui praktikal supaya mereka lebih faham.
Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dan dapat digunakan dengan baik serta dikongsi dengan semua orang. Terima kasih keluarga KeFB….. 


slot 1 : Kertas Kerja


Slot 2 : Laporan Program



Slot 3 : Laporan Kewangan

Slot 4 : bersama abg kacak, Abg Amir dalam slot protokol
pemyampain cenderahati.smile :)



seronoknye abg amir kita ;)
cewaahhh kak ikin... >.<

kak mas malu2 di situ,...:)

No comments:

Post a Comment