TEKANAN PADA AKHIR SEMESTER
Assalamualaikum…
Kawan-kawan
semua sedang buat apa? Mesti tengah sibuk dengan assignment yang perlu di
hantar dalam minggu-minggu terakhir semester ni kan? Maklumlah, peperiksaan
akhir semakin hampir. Tambahan pula
minggu ni semua pensyarah sibuk hendak
masukkan markah dalam portal.
Macam
mana nak buat ni?assignment subjek major mesti hantar esok, yang minor kena
hantar lusa. Belum tambah subjek universiti lagi. Aduh! Pening-pening. Masa ni
juga la terasa nak drop semua subjek.
Stress???
Jangan
risau kawan-kawan sekalian, admin ada cara supaya kawan-kawan semua dapat
hilangkan stress dan dapat menyiapkan assignment dengan lancar dan teratur.
Cara ni yang selalu admin lakukan. Sekadar perkongsian, jom kita lakukan
bersama-sama.
Nak
tahu caranya?
1. Syaitan selalu bersama kita terutama
apabila kita berada dalam keadaan tertekan. Apabila kita tidak lagi mampu
mengawal emosi kita, syaitan akan memujuk kita melakukan sesuatu di luar
jangkaan. Oleh itu, seeloknya kita ambil wuduk
sebagai satu cara menenangkan jiwa.
2. Apa kata kita regang-regangkan otot.
Lakukan senaman ringan selama 5
minit.
3. Kebanyakan daripada kita suka sangat
berkurung di dalam bilik. Kononnya hendak siapkan tugasan sebab kesuntukan
masa. Padahal otak tengah berserabut dan tidak dapat berfikir dengan baik.
Akhirnya main game dalam laptop. Satu lagi cara admin mengawal stress ialah
dengan keluar bersiar-siar. Tidak
perlu ambil masa yang lama, setengah jam pun dah cukup. Otak kita akan lebih
tenang kemudian kita boleh sambung buat kerja dengan penuh semangat.
4. Terapi terbaik di saat kita tertekan
ialah senyum. Elakkan senyum seorang
diri dikhuatiri di anggap gila.
No comments:
Post a Comment