Program Train Of Trainer (TOT)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Dalam tidak sedar kita sudah semakin menghampiri pertengahan semester. Semakin sibuk semakin terbeban. Ambil rehat dulu untuk baca entry kami untuk minggu ini! =)

Pada 10 Mac 2017 (Jumaat), Kelab Fasilitator Bitara telah berjaya menjalankan Train of Trainer (TOT) berkala yang diadakan di bangunan E-Learning Aras 3 pada pukul 8.30 malam.  TOT bertujuan untuk melatih ahli-ahli Kelab Fasilitator Bitara untuk menjadi seorang fasilitator yang berkepimpinan dalam mencipta modul. Alhamdulillah dengan izin Allah TOT pada malam penghulu segala hari itu berjalan dengan jayanya.

Untuk pengetahuan semua ini adalah kali kedua TOT ini dilaksanakan untuk semester ini. Banyak yang dapat dipelajari dalam aktiviti itu, terutamanya cara untuk mencipta modul yang baru dan menginovasikan modul yang sedia ada. Pengendalian modul dipilih secara rawak agar semua ahli bersedia dengan modul yang dicipta.

Tot kali ini lebih menumpukan kepada modul kepimpinan dan energizer. Antara modul yang telah berjaya dilaksanakan pada malam itu ialah Kertas Impian oleh Nickson Anak Joseph, Menuju Impian yang diketuai oleh Fakharuddin Aiman Bin Jamal dan beberapa energizer.


Energizer yang diketuai oleh Mohamad Shukran Bin Abdul Halim.





Ilmu yang diperolehi tidak dapat diungkapkan betapa bermaknanya untuk kami kerana dengan adanya ilmu kita akan menjadi seorang yang berusaha menuju ke syurga Allah.

“Barang siapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berada di jalan Allah hingga dia pulang”

(HR. Turmudzi)

Program Kepimpinan dan Sahsiah Diri di Kem Bina Diri Telok Air Tawar, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam bitara.
Pada 16 Mac hingga 18 Mac 2017 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah mengadakan program kepimpinan bersama pelajar Rohingya Education Centre (REC). Program berkenaan telah diadakan di Pusat Bina Diri Telok Air Tawar, Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang aspek kepimpinan yang perlu diketahui untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua yang berkualiti. Dalam program ini enam orang fasilitator telah bekerjasama untuk menjayakan program ini. Terdapat beberapa modul telah dikendalikan seperti modul kepimpinan dan 'teamwork'. Melalui program ini, peserta dapat menimba ilmu dan memupuk keyakinan dalam diri serta menambah pengalaman dalam aspek kepimpinan. Sepanjang program ini dijalankan selama 3 hari 2 malam, peserta telah menunjukkan semangat yang tinggi untuk mengubah paradigma diri dalam melatih diri menjadi insan yang cemerlang dari pelbagai segi. Kerjasama yang diberikan oleh penganjur program iaitu pihak REC sendiri telah berjaya memastikan program berimpak besar ini berjalan dengan lancar. Meskipun terdapat kekangan daripada pelbagai aspek, namun di atas kerjasama yang diberikan, program ini telah berjaya dijalankan. Diharapkan program ini mampu memberi input yang berguna kepada pelajar dan juga fasilitator untuk menjadi insan yang berkredibiliti tinggi dan berkebolehan dalam apa jua perkara.


Beberapa gambar semasa program dijalankan.


Sesi Pendaftaran
Selamat Datang (^_^)



Senaman Aerobik



Peserta sedang membina logo kumpulan



Slot Taman Negara



Adik-adik REC (^_^)



Gambar Kenangan bersama adik-adik REC, guru-guru dan fasilitator
(^_^)


Semoga program ini dapat memberi input yang terbaik dan berguna kepada adik-adik REC yang sangat disayangi. Semoga berjumpa lagi di lain masa! Inshaallah pengalaman yang manis ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
#Rohingya Education Centre
#Kelab Fasilitator Bitara
#Bergerak Seiring Menyahut Cabaran

CARA BELAJAR DENGAN BETUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apabila belajar, kita perlu mengetahui cara belajar yang betul bagi mengelakkan apa yang kita belajar menjadi sia-sia. Disini terdapat beberapa cara-cara belajar yang betul yang boleh diamalkan untuk memastikan apa yang kita belajar berguna dan kita dapat mengingatinya dalam jangka waktu yang lama

1. Tidak mempersia-siakan waktu walaupon sesaat
Penuhi waktu yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Elakkan daripada melakukan perkara yang membuang masa contohnya melepak. Waktu yang terluang boleh digunakan dengan membaca buku-buku yang berilmiah. Oleh itu kita dapat menggunakan masa yang terluang dgan aktiviti yang berfaedah dan sekali gus dapat menanbah ilmu pengetahuan kita yang sedia ada.

2. Sentiasa bertanya soalan apabila tidak tahu
Amalkan sikap bertanya kepada guru dan kawan-kawan jika kita tidak memahami tentang sesuatu tajuk. Jangan menangguh-nangguh kerana kita akan ketinggalan dengan kawan-kawan yang lain. Jika malu bertanya di dalam kelas, kamu boleh bertanya kepada kawan-kawan yang faham tentang tajuk tersebut ataupon boleh bertanya dengan cikgu di dalam bilik guru.

3. Berhati-hati dalam memilih kawan
Pemilih kawan yang betul adalah sangat diperlukan. Kamu perlu memilih kawan dengan berhati-hati. Jika kamu salah memilih kawan, kamu akan menderita. Ini kerana kawan akan menghabiskan banyak waktu bersama kamu. Jadi eloklah kamu memilih kawan yanv suka belajar, jadi kamu akan turut belajar bersama dengan mereka