Assalamualaikum dan Salam Bitara J
Keluarga Ungu kembali lagi dengan Program Peningkatan
Akademik UPSR SK Bt. Jong, Kuala Krai yang telah berlangsung selama 4 fasa.
Alhamdulillah, program tersebut telah berjalan dengan lancar
walaupun terdapat beberapa kekangan namun Allah telah permudahkan segalanya.
Admin nak berkongsi dengan kalian tentang pengalaman admin
menjadi fasilitator untuk fasa ke-3 bersama 4 orang fasilitator yang lain.
Sebelum itu, terima kasih kepada semua pihak iaitu penasihat Kelab Fasilitator,
Cik Najidah Yahaya, AJK-AJK yang terlibat, fasilitator yang turun padang dan
pihak Global Peace Mission Malaysia bagi menjayakan hasrat murni ini.
Pada 14, 15 dan 16 Julai 2016 yang lepas, fasa 3 program
tersebut telah berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sekitar Kuala Lumpur. Fasa kali ini lebih
tertumpu untuk membuka mata pelajar tentang dunia luar.
1)
Antara pengisian yang pertama iaitu lawatan
sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan dibawa ke perpustakaan
terulung kita iaitu Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI yang sarat dengan kemudahan
teknologi yang serba canggih. Pelajar-pelajar tersebut kelihatan sangat teruja
dengan kemudahan tersebut dengan menggunakan hujung jari sahaja.
2)
Hari kedua, lawatan ke Muzium Negara,
Planeterium Negara, Masjid Merah Jambu Putrajaya dan Kolej Darul Hikmah iaitu
slot bersama Global Peace Mission Malaysia (GPM).
3)
Hari ketiga, persediaan sebelum mereka pulang ke
Kuala Krai dan majlis penutup.
Diharapkan pelajar-pelajar SK Batu Jong dapat meningkatkan
prestasi mereka dalam akademik. Dengan program yang telah berlangsung ini,
harapanya dapat memberi sumbangan agar mereka bermotivasi untuk mencapai
kejayaan dalam diri mereka dari segi akademik mahupun sahsiah. Semoga keputusan
UPSR mereka yang bakal tiba tidak lama lagi akan membuahkan hasil yang positif.
Amin. Sama-sama kita doakan untuk mereka.
Jumpa lagi di entry yang lain.
‘’ Nantikan kemunculan KeFB”
‘’Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”
No comments:
Post a Comment