PROGRAM SPREADS OUR LOVE

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

“Salah satu sebab kenapa Tuhan memberikan kekuatan kepada kita, ini kerana agar kita dapat menolong orang lain”.

Pada AHad yang lalu, 6 Disember 2015, Kelab Fasilitator Bitara telah membuat satu program yang berunsurkan kebajikan masyarakat iaitu “Spreads Our Love”. Program ini telah berlangsung di Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong, Selangor. Program ini dibawah anjuran Exco Kebajikan dan Masyarakat.


Antara objektif program ini adalah:

1. Menanam rasa tanggungjawab dan kesukarelaan untuk memberikan khidmat sosial, motivasi dan juga kesedaran kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan sosial sebagai satu langkah ke arah memupuk semangat cintakan ilmu dan juga kesedaran sosial dalam kalangan mahasiswa.

2. Meningkatkan kemahiran insaniah ,dinamis dan sikap prihatin untuk membentuk kepimpinan diri di dunia kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa.

3. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi mahasiswa dalam menyampaikan idea secara lisan dan bertulis,berunding ke arah mencapai keputusan dan sebagainya.



Beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya:

  • 1.       Sesi beramah mesra bersama anak-anak yatim.
  • 2.       Gotong-royong membersihkan kawasan rumah.
  • 3.       Aktiviti menanam pokok di kawasan sekitar.



sesi beramah mesra bersama anak-anak yatim



aktiviti gotong-royong di luar rumah



aktiviti membersihkan kawasan dalam rumah dan dapur



benih pokok telah siap ditanam, masa untuk siram :)



salah satu cara untuk mengeratkan ukhwah, iaitu makan dalam talam :)



bergambar bersama Pengusaha Rumah Kebajikan, Presiden Kelab dan Pengarah Program di batas tanaman yang telah dihasilkan :)



bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan :)



Terima kasih kepada semua atas sumbangan yang telah diberikan.
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga ukhwah dan kasih sayang kita berkekalan selamanya, InsyaAllah :)

"Bergerak seiring menyahut cabaran"






PROGRAM REACH TO PEAK



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

" Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati. Tidak dapat ditulis, tidak dapat dibaca, tidak seorang pun tahu. Juga tidak berubah dek masa. Sekejap di mata selamanya di jiwa.



Pada Ahad yang lalu, 29 November 2015, Program Reach To Peak  telah diadakan di Sungai Samak, Teratak Riverview, Tanjong Malim .Program ini dibawah anjuran Exco Tugas-Tugas Khas. 


Antara objektif program ini adalah:
  •  Mewujudkan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta memberi pendedahan mengenai rekreasi luar yang lasak dan mencabar.
  •  Menerapkan cara bersyukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan kurniaan melalui ciptaan-Nya yang sempurna.
  •  Mengukuhkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim yang erat dalam kalangan ahli-ahli KeFB.

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan semasa program berlangsung. Antaranya ialah:


  1.              Inovasi barang amanah.
  2.              Peka Bom
  3.               Crazy Quiz
  4.               Wasiat Qarun
  5.               Nikmati Alam
Muka- muka gembira para peserta ketika berjalan kaki ke Sungai Samak
Inovasi barang amanah. Peserta diberikan tugasan untuk menjadi orang yang cedera ketika dalam perjalanan


    Laungan "trademark" oleh ketua kumpulan. " Apa yang penting?! KERJASAMA!" (Wink Emoticon)


Aktiviti di dalam Sungai Samak. Sejuk sampai tulang hitam! >_<
Aktiviti Nikmati Alam


Memberi hadiah kepada para pemenang

Gambar kenangan di Sungai Samak




Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Diharap segala perkongsian yang terdapat dalam program ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Semoga kita dapat bertemu lagi untuk aktiviti-aktiviti yang akan datang. In sha Allah.


Akhir kata, suka saya untuk memetik kata-kata seorang penyair tersohor, A. Samad Said;

" Manusia terlampau sibuk dengan keadilan terhadap manusia sehingga terlupa keadilan terhadap alam sekitar"