Pada 24 Oktober 2013 (Ahad) yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB ) telah mengadakan program Training Of
Trainer (TOT 1) yang bertemakan ‘Membina
Jiwa Serasi’ dan merupakan program kedua yang dijalankan untuk sesi 2013/2014. Program
ini dilaksanakan di ruang legar Bitarasiswa,KSAH dan berlangsung dari pukul 8
pagi sehingga jam 4.30 petang. Biarpun menerima saingan dengan program-program
lain yang dianjurkan pada waktu yang sama di UPSI, namun program ini tetap
mendapat sambutan yang memberangsangkan. Selain bertujuan memberi pengenalan tentang
visi,misi dan matlamat kelab,peserta turut diberi pededahan tentang ciri-ciri
fasilitator. Program ini dijalankan sebagai inisiantif bagi menerapkan dan
menyiapkan diri ahli kelab dari pelbagai aspek supaya terus bersedia menghadapi
dugaan dalam menuntut ilmu. Melalui program ini ahli kelab digalakkan berfikir
secara kreatif,rasional dal logik dalam mengaplikasikan modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Selain itu,
melalui program ini ukhwah dan keakraban sesama ahli kelab yang lama dan baharu
dapat diterapkan dalam diri mereka. Melalui pendekatan ini mereka dapat
mengenali antara satu sama lain dan dalam masa yang sama dapat mewujudkan
sebuah hubungan kekeluargaan dalam KeFB.
Slot 1~
Kenali Fasilitator 8.30 pagi – 10.30 pagi
Slot
ini dikendalikan oleh Presiden Kelab
Pembahagian
kumpulan- dilaksanakan oleh AJK aktiviti
Slot 2~
Saya Fasilitator Bitara
Slot 3~
Ice-Breaking
Slot 4~
Pembentangan modul
Tahniah
dan terima kasih kepada mereka yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program
ini. Semoga semuanya dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk kebaikan
masing-masing.Insha Allah TOT II akan menyusul kelak,sama-sama kita doakan.
No comments:
Post a Comment