SEMARAK KASIH SETEGUH UKHWAH


SEMARAK KASIH SETEGUH UKHWAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera…J terlebih dahulu admin memanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya hari keluarga KeFB (SEKAWAH II) telah berjaya dijalankan. Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi keakraban dan ukhwah sesame ahli. Ukhwah yang dibina akan terus berkekalan bukan sahaja di dalam aktiviti kelab mahupun aktiviti di luar kelab.

Semasa SEKAWAH II dijalankan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti kaki ayam, honey bee, galah panjang, zam zam alakazam,setia hujung nyawa dan dunkin donut. Aktiviti-aktiviti menarik ini turut menguji minda ahli-ahli kelab untuk bersaing secara kreatif.  Telatah peserta amat mencuit hati dan meghiburkan. Kerjasama antara mereka memang jelas terjalin antara satu sama lain. J

Selaintu itu, slot energizer turut diselitkan semasa program ini. Pelbagai energizer baru telah dipersembahkan oleh para peserta hasil daripada idea kreatif setiap ahli kumpulan. Energizer yang dihasilkan amat menraik dan unik untuk menarik perhatian. Penasihat kelab, Cik Najidah Yahaya turut memeriahkan program pada hari keluarga.

Diharapkan melalui program ini dapat menjadikan hubungan sesama ahli lebih akrab untuk terus bekerjasama di dalam KeFB. Tanpa keakraban sesame ahli, akan menjadikan kelab ini kurang berseri. Jadi, marilah kita bersama-sama membina keakraban J














No comments:

Post a Comment