TEKANAN PADA AKHIR SEMESTER
Assalamualaikum…
Kawan-kawan semua sedang buat apa?
Mesti tengah sibuk dengan assignment yang perlu di hantar dalam minggu-minggu
terakhir semester ni kan? Maklumlah, peperiksaan akhir semakin hampir. Tambahan pula minggu ni semua pensyarah sibuk hendak masukkan markah
dalam portal.
Macam mana nak buat ni?assignment
subjek major mesti hantar esok, yang minor kena hantar lusa. Belum tambah
subjek universiti lagi. Aduh! Pening-pening. Masa ni juga la terasa nak drop
semua subjek.
Stress???
1.Jangan risau kawan-kawan sekalian,
admin ada cara supaya kawan-kawan semua dapat hilangkan stress dan dapat
menyiapkan assignment dengan lancar dan teratur. Cara ni yang selalu admin
lakukan. Sekadar perkongsian, jom kita lakukan bersama-sama.
Nak tahu caranya?
1.
Syaitan
selalu bersama kita terutama apabila kita berada dalam keadaan tertekan.
Apabila kita tidak lagi mampu mengawal emosi kita, syaitan akan memujuk kita
melakukan sesuatu di luar jangkaan. Oleh itu, seeloknya kita ambil wuduk sebagai satu cara menenangkan
jiwa.
2.Apa
kata kita regang-regangkan otot. Lakukan senaman
ringan selama 5 minit.
3. Kebanyakan
daripada kita suka sangat berkurung di dalam bilik. Kononnya hendak siapkan tugasan
sebab kesuntukan masa. Padahal otak tengah berserabut dan tidak dapat berfikir
dengan baik. Akhirnya main game dalam laptop. Satu lagi cara admin mengawal
stress ialah dengan keluar bersiar-siar.
Tidak perlu ambil masa yang lama, setengah jam pun dah cukup. Otak kita akan
lebih tenang kemudian kita boleh sambung buat kerja dengan penuh semangat.
4. 4. Terapi
terbaik di saat kita tertekan ialah senyum.
Elakkan senyum seorang diri dikhuatiri di anggap gila.