Back To Scho0l!!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Admin mewakili seluruh ahli keluarga KeFB, dengan rasa rindu menyeru dan menjemput kalian yang penah menjadi ahli KeFb, tak kiralah, mantan, pencen, terhenti, tertinggal mahupun tercicir dan sebagainya, ANDA DIJEMPUT HADIR ke MALAM BACK TO SCHOOL , SABTU INI !!! (14 DISEMBER 2013). ~Rindu ? Jom REUNION! ;) ~ Dengan bertemakan PAKAIAN SEKOLAH. Takde uniform sekolah, uniform persatuan koko kat UPSI macam Putri Islam ke, Kelana Siswa ke, pon bolehhh.. MAiii. Jangan Lupa dating kita di SITC !! 

Bengkel Let's Talk

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.


Pada 1 Disember lepas Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan Bengkel Komunikasi Let's Talk bertembat di bilik E-Learning 10 Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan teknik berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi. Program ini bukan sahaja dihadiri ohli ahli Kelab Fasilitator bitara tetapi juga tebuka kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Program ini telah dihadiri lebih kurang 82 orang peserta.



Penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramah berkaitan komunikasi ialah Prof Madya Mohd Taib Ariffin



Program telah berlangsung pada jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari. Sesi pendaftaran dilakukan pada jam 8 sehingga 8.30 pagi. Prof Madya Mohd Taib Ariffin datang pada jam 9 pagi dan terus memulakan ceramah. Beliau menceritakan tentang teknik-teknik berkomunikasi yang betul, halangan dalam berkomunikasi dan cara meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi. Ceramah tersebut berakhir pada jam 11 pagi. Seterusnya peserta dijamu dengan minum pagi sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Sementara menunggu aktiviti seterusnya bermula, peserta sempat melakukan satu tarian yang dikendalikan oleh AJK pelaksana untuk mengembalikan tenaga.





Aktiviti seterusnya pada jam 11.30 pagi telah dikendalikan oleh Mc Lly Adrian Simon. Peserta diminta untuk duduk dan passing botol sehingga muzik berhenti. Orang yang memegang botol semasa muzik diberhentikan diminta untuk kehadapan dan melakonkan situasi yang telah dicabut undi. 








Setelah selesai aktiviti tersebut, Cik Najidah selaku penasihat Kelab Fasilitator Bitara memberi ulasan dan komen kepada setiap lakonan tadi. Cik Najidah mengaitkan semula apa yang dipelajari semasa ceramah dan aktiviti tersebut. Akhir sekali acara yang akan dilakukan habis sahaja setiap program iaitu sesi bergambar. Selaku wakil AJK program Let's Talk ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan sanggup menggadaikan masa cuti pada hari Ahad dalam usaha menuntut ilmu. Terima kasih sekali lagi. Semoga kita bertemu lagi pada masa-masa akan datang. Insya Allah.



Ukhwah Fillah


21 Oktober 2013 iaitu bersamaan hari Khamis, Kelab Fasilitator Bitara UPSI sekali lagi mengadakan program iaitu Ukhwah Fillah (UF) selapas Program Training Of Trainee 1 (TOT 1). UF ini berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil bermula waktu Mahgrib hingga jam 10 malam.







Program ini merupakan program kerohanian yang dianjurkan oleh Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Secara tidak langsung melalui program ini dapat membentuk keperibadian unggul seorang mahasiswa yang berkeyakinan serta bermotivasi pada masa sekarang dan masa akan datang. Selain itu, dapat membentuk satu generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang unggul bagi mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang. Oleh itu, usaha ke arah menjadi mahasiswa dan bakal guru yang cemerlang dapat diperolehi dari segi kerohanian, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, sepakat dan sebulat suara dalam melakukan aktiviti mahupun sebarang program yang mampu meningkatkan jati diri ahli kelab itu sendiri.









SEMARAK KASIH SETEGUH UKHWAH ( SEKAWAH III )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

           Baru-baru ini Kelab Fasilitator Bitara UPSI telah mengadakan Program Sekawah III yang berlangsung pada 29 September 2013 iaitu hari Ahad dan bertempat di Padang Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Program ini diadakan bagi mewujudkan ukhwah yang erat dan teguh di antara ahli lama dan ahli baru dalam Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Tambahan pula, program  tersebut merupakan program pertama bagi sesi kali ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Selain itu, ia juga dapat melatih  secara praktikal dalam melaksanakan tugas secara kerjasama dalam berpasukan serta mendekatkan mereka kepada program kemasyarakatan. Malah, turut menjalinkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim yang baik dan kukuh antara  ahli-ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB).

           Program bermula pada pukul 8 pagi  hingga 1 tengah hari. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8 hingga 8.15 pagi. Alhamdulilah ramai ahli keFB yang hadir untuk memeriahkan lagi program ini.







           Terdapat pelbagai aktiviti telah kami jalankan sepanjang program tersebut. Semua peserta yang datang dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang. Aktiviti tersebut lebih kepada aktiviti sukan rakyat atau lebih dikenali sukan tradisional. Antara aktivitinya adalah mencipta layang-layang, memancing botol yang berisi air, menyumpit ke belon dan menuju tin. Semua dapat memberi kerjasama dan semangat dalam membuat semua aktiviti malah Cik Najidah juga turut bermain bersama-sama ahli-ahli KeFB. 

i) Mencipta layang-layang






ii) Memancing Botol






iii) Menyumpit belon






iv) Menuju tin







            Semua aktiviti telah tamat pada pukul 12.15. Kemudian, majlis penutup dirasmikan oleh penasihat KeFB iaitu Cik Najidah dan sedikit ucapan daripada pengarah program saudari Nurul Zahira. Selain itu, setiap kumpulan mendapat hadiah atas komitmen yang diberikan antaranya kumpulan paling comel, kumpulan berwawasan dan lain-lain. 





           Alhamdulilah program telah tamat pada 1.00 tengah hari. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga akan makin meriah pada program-program akan datang. 




"Bergerak seiring menyahut cabaran"