Program Jewel From Borneo

Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat kita menikmati kehidupan di dunia ini lagi. Dengan kesempatan yang tersisa ini, diharapkan kita semua dapat memanfaatkan ia dengan sebaik mungkin. Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pada 11-16 April 2015 kami telah menerima kunjungan balas daripada pihak Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Malaysia Sarawak. Program ini diberi nama 'Jewel From Borneo'. Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang kami semua perolehi. Yang paling penting, ini adalah satu pengalaman terindah buat kedua-dua kelab dalam membina hubungan yang lebih rapat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ice breaking, senaman pagi, perkongsian antara kelab, pelbagai variasi slot LDK, jelajah kampus (Explorace), berkampung di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu dan banyak lagi aktiviti menarik. Tempoh 6 hari bersama mereka seakan sekejap sahaja.

Walaupun kini kami terpisah oleh Laut China Selatan, tetapi ukhuwwah ini masih sentiasa mekar dan diingati. Kami daripada warga KeFB UPSI mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga PRS UNIMAS. 

PRS UNIMAS bersama KeFB UPSI

Cantikkan poster Jewel From Borneo :D

Alhamdulillah, pengalaman bersama dengan mereka adalah sesuatu yang sangat indah. Kami doakan semoga ukhuwwah ini akan kekal selamanya. We love u all so much. May Allah bless u all. We are buddy forever. Muahhhhh.


No comments:

Post a Comment