Keratan Akhbar: Program-program KeFB 
Semester 1 Sesi 2014/2015


Program Lestari Alam
BH Varsiti: 23 Oktober 2014


Program Lestari Alam
Komuniti Kosmi: 22 Oktober 2014


Program "Message From Heart"
Harian Metro (Bestari): 19 Januari 2015


Program "Message From Heart"
Kosmo: 8 Januari 2015


Kisah Duit Syiling dan Batu


 TINGG! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

 TINGG! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

 Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.

 Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

 Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

 P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

(Dipetik daripada cerita kisah dan tauladan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.   Apa khabar pembaca sekalian? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Pada 4 Disember 2014(Rabu), telah berlangsung Program Community Enggagement. Sekali lagi Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Seperti mana Program Myharapan, program ini lebih kurang sama sepertinya. Hanya yang membezakan, Program Community Enggagement ini melibatkan penaja dari Pusat Transformasi Pelajar. Pada hari kejadian, 4 Disember, pelajar dan pensyarah yang terlibat diberikan taklimat  mengenai program yang akan dibaiyai. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pusat Transformasi Pelajar iaitu Prof.Shahandri. Taklimat selama dua jam berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.





MENJADI KISMIS SEBELUM ANGGUR




Sering kali kita melihat diri kita begitu besar dan matang, padahal kenyataannya masih begitu kecil dan mentah. Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja. Ia merupakan hasil daripada suatu proses. Proses ini terdiri daripada beberapa tahap. Antara satu tahap ke tahap yang lain biasanya memerlukan masa yang cukup panjang.


Hukum ini berlaku untuk semua makhluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-rama yang cantik. Setitis air mani menghabiskan masa berbulan-bulan di dalam rahim sebelum menjadi bayi yang comel. Bahkan sebiji anggur yang sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis. Sesiapa yang tidak sabar menjalani semua proses ini, maka proses kesempurnaan ia akan terbantut. Lalu ia tidak akan sempurna untuk selama-lamanya.



Melatih diri


Hukum kesempurnaan ini juga berlaku untuk semua disiplin ilmu atau kerjaya yang kita pilih. Seorang doktor pakar memerlukan masa yang panjang sebelum menjadi spesialis dalam bidang perubatan. Begitu juga seorang jurutera, penulis, pelakon apatah lagi ulama Islam yang menjadi rujukan umat. Mencapai darjat “ pakar” dalam sesuatu bidang menuntut kesabaran dan ketekunan.
Setiap beginner (orang yang baru mula belajar) mesti selalu melatih diri dengan tekun sehingga tertanam dalam jiwanya kerangka pemikiran dan analisis seorang pakar dalam bidanganya. Setakat membaca teori-teori keilmuan tanpa banyak berlatih tidak akan membentuk sifat-sifat itu dalam diri.

Seorang pemikir masa ini, Howard Gardner berkata dalam 5 Minds for The Future: “ Disiplin formal saya ialah psikologi. Dan diperlukan masa satu dekad agar saya dapat berfikir seperti seorang pakar psikologi.”

Apa pun bidang ilmunya, coraknya tetap sama, iaitu diperlukan latihan dan ketekunan yang berpanjangan untuk tiba ke tingkat kepakaran yang sempurna.






Bagai Pokok Yang Tidak Ditanam

 Benarlah, jalan menuju kepakaran sangat panjang. Sesiapa yang menjalaninya dengan sabar, suatu hari akan tampil sebagai seorang pakar yang disegani. Dan pendapatnya dalam disiplin itu diakui sebagai pandangan yang berwibawa. Sebaliknya, sesiapa yang tidak sabra menjalaninya, lalu mendakwa menjadi pakar sebelum masanya, maka ia telah kering sebelum matang, menjadi kismis sebelum menjadi anggur. Oleh sebab itu, ucapan dan pendapatnya tidak mengandungi nilai ilmiah sama sekali.

Seperti bicara Syeikh Ibn ‘Ataillah al-Sakandari dalam al-Hikam : “ Tanamlah dirimu di tanah kehinaan (khumul).  Sebatang pokok yang tidak ditanam dengan sempurna, tidak akan menghasilkan buah yang sempurna.”