KEEP IT UP WORKSHOP
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar ahli-ahli KeFB sekalian?
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat
sejahtera kehendaknya...
“Tiada
jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh.
Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat”.
Kelab
Fasilitator Bitara telah mengadakan program “Keep It Up Workshop” pada 12
Oktober 2014, bertempat di Bilik Latihan Haji Md Yusuf, Bitarasiswa. Program
ini bertujuan memperkenalkan kepada peserta apa itu fasilitator, pecah ais (ice
breaking), energizer, serta diselitkan juga mengenai program-program yang telah
dijalankan dan program-program akan datang oleh Kelab Fasilitator Bitara.
Sesi
ice breaking yang dimulakan dengan energizer. Aktiviti pertama diberi nama
“Evolusi Diri”, aktiviti ini menerangkan gagal sekali tidak bermakna gagal
untuk selama-lamanya, peluang kedua tetap ada. Aktiviti seterusnya ialah
“Kenali Daku” , aktiviti ini peserta perlu memperkenalkan diri masing-masing
dengan menggunakan bahasa isyarat dan Bahasa Melayu baku.
Sesi
Ice-Breaking “Evolusi Diri”, beberapa peserta menunjukkan cara aktiviti perlu
dilakukan kepada semua peserta
Sesi
Ice-Breaking “Kenali Diri”, peserta memperkenlan diri menggunakan bahasa isyarat
Slot
kedua ini dikendalikan oleh presiden kelab iaitu saudara Mc Lly Adrian bin
Simon. Beliau memperkenalkan latar belakang Kelab Fasilitator Bitara (KeFB)
UPSI. Kemudian beliau menayangkan montaj Majlis Tertinggi dan Exco Kelab dan
penasihat kelab iaitu Cik Najidah Binti Yahaya. Montaj aktiviti sidang lepas
dan takwim kelab sidang ini juga turut dipaparkan supaya dapat menarik minat
ahli dan bukan ahli untuk menyertai semua program yang KeFB anjurkan. Antara
program yang telah dijalankan dan akan dilaksanakan bagi sidang ini ialah:-
1. Kem Pemantapan
Organisasi
2. Program
Lestari Alam
3. Program “Keep It Up Workshop”
4.
Super Dupper Training
5.
SEKAWAH IV
6.
Fasi Bijak IT (FASBIT)
7.
Message From Heart
8.
Nur: Lilin Seorang Guru
9.
Puzzle Of Knowledge
10.
Bengkel Protokol dan Pengurusan Organisasi
11.
Ukhuwwah Ini KeranaMu Ya Rabb
12.
Kem Eksklusif Sekolah Bitara
Sesi
perkenalan MT dan Exco KeFB kepada peserta
Selain
itu, terdapat perkongsian ilmu berkaitan dengan asas fasilitator dan ujian
personaliti diri serta pengalaman sebagai anggota sukarelawan Global Peace
Mission (GPM) Malaysia ke Kampung Wamy, Kemboja daripada penasihat kelab iaitu
Cik Najidah Binti Yahaya.
Slot
seterusnya ialah Sukarelawan Siswa (YSS) oleh saudara Mc Lly Adrian Bin
Simon. Beliau juga turut berkongsi pengalaman menjadi sukarelawan semasa pergi
ke Vietnam, Kemboja dan Bintulu di Sarawak. Tambahnya lagi, cara hidup dan
komunikasi masyarakat di sana sangat berbeza dengan rakyat Malaysia. Bukan itu
sahaja, beliau juga turut membawa seorang lagi rakan seperjuangan yang turut
sama terlibat dalam misi tersebut untuk sama-sama berkongsi pengalaman yang
mereka telah perolehi.
Slot
Sukarelawan Siswa bersama saudara Mc Lly Adrian Bin Simon
"Hanya
mereka yang berhati waja, cekal dan tabah akan dapat mengharungi segala dugaan
dengan sempurna”
Sekian,
terima kasih.
“Bergerak
Seiring Menyahut Cabaran”
No comments:
Post a Comment