KEEP IT UP WORKSHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar ahli-ahli KeFB sekalian?
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera kehendaknya...

“Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat”.

Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan program “Keep It Up Workshop”  pada 12 Oktober 2014, bertempat di Bilik Latihan Haji Md Yusuf, Bitarasiswa. Program ini bertujuan memperkenalkan kepada peserta apa itu fasilitator, pecah ais (ice breaking), energizer, serta diselitkan juga mengenai program-program yang telah  dijalankan dan program-program akan datang oleh Kelab Fasilitator Bitara.

Sesi ice breaking yang dimulakan dengan energizer. Aktiviti pertama diberi nama “Evolusi Diri”, aktiviti ini menerangkan gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, peluang kedua tetap ada. Aktiviti seterusnya ialah “Kenali Daku” , aktiviti ini peserta perlu memperkenalkan diri masing-masing dengan menggunakan bahasa isyarat dan Bahasa Melayu baku.





Sesi Ice-Breaking “Evolusi Diri”, beberapa peserta menunjukkan cara aktiviti perlu dilakukan kepada semua peserta



Sesi Ice-Breaking “Kenali Diri”, peserta memperkenlan diri menggunakan bahasa isyarat


Slot  kedua ini dikendalikan oleh presiden kelab iaitu saudara Mc Lly Adrian bin Simon. Beliau memperkenalkan latar belakang Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) UPSI. Kemudian beliau menayangkan montaj Majlis Tertinggi dan Exco Kelab dan penasihat kelab iaitu Cik Najidah Binti Yahaya. Montaj aktiviti sidang lepas dan takwim kelab sidang ini juga turut dipaparkan supaya dapat menarik minat ahli dan bukan ahli untuk menyertai semua program yang KeFB anjurkan. Antara program yang telah dijalankan dan akan dilaksanakan bagi sidang ini ialah:-    

1.   Kem Pemantapan Organisasi
2.      Program Lestari Alam
3.   Program “Keep It Up Workshop”
4.   Super Dupper Training
5.   SEKAWAH IV
6.   Fasi Bijak IT (FASBIT)
7.   Message From Heart
8.   Nur: Lilin Seorang Guru
9.   Puzzle Of Knowledge
10. Bengkel Protokol dan Pengurusan Organisasi
11. Ukhuwwah Ini KeranaMu Ya Rabb
12. Kem Eksklusif Sekolah Bitara


Sesi perkenalan MT dan Exco KeFB kepada peserta


Selain itu, terdapat perkongsian ilmu berkaitan dengan asas fasilitator dan ujian personaliti diri serta pengalaman sebagai anggota sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia ke Kampung Wamy, Kemboja daripada penasihat kelab iaitu Cik Najidah Binti Yahaya.


Slot bersama penasihat KeFB berkongsi pengalaman ke Kemboja




Slot Mengenali Personaliti Diri bersama Cik Najidah Binti Yahaya


Slot seterusnya ialah  Sukarelawan Siswa (YSS) oleh saudara Mc Lly Adrian Bin Simon. Beliau juga turut berkongsi pengalaman menjadi sukarelawan semasa pergi ke Vietnam, Kemboja dan Bintulu di Sarawak. Tambahnya lagi, cara hidup dan komunikasi masyarakat di sana sangat berbeza dengan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga turut membawa seorang lagi rakan seperjuangan yang turut sama terlibat dalam misi tersebut untuk sama-sama berkongsi pengalaman yang mereka telah perolehi.




Slot Sukarelawan Siswa bersama saudara Mc Lly Adrian Bin Simon





Sesi bergambar bersama Penasihat KeFB, Cik Najidah Binti Yahaya bersama peserta


"Hanya mereka yang berhati waja, cekal dan tabah akan dapat mengharungi segala dugaan dengan sempurna”

Sekian, terima kasih.



“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”

Supper Dupper Training (SDT) Eksklusif

“Jika kita hendak menunggu ilmu yang mencukupi, bilakah agaknya ilmu kita akan cukup?”  Jadi, kita haruslah memperbaiki diri terlebih dahulu untuk membantu dan memperbaiki diri orang lain.” Slogan ini amat bertepatan dengan seorang fasilitator yang baik. Istilah ini bermakna, perubahan diri sendiri secara peribadi dan juga perubahan orang lain atas usaha kita untuk memberikan nasihat dan teguran. Inilah yang bertepatan dengan motto KeFB itu sendiri iaitu "Bergerak Seiring Menyahut Cabaran".


Oleh itu, Kelab Fasilitator Bitara(KeFB) UPSI telah mengambil inisiatif  bagi membantu ahli-ahli kelab untuk menjadi seorang fasilitator atau pemudah cara yang baik  dalam sesuatu program dan seumpamanya dengan mengadakan program Supper Dupper Training (SDT). Program ini diketuai oleh saudara Muhammad Faezsyam Bin Suhaini   dan program ini juga bersifat berkala. Sesi yang pertama telah berlangsung dengan jayanya bersama dengan Penasihat Kelab Fasilitator ini sendiri iatu Cik Najidah bt Yahaya pada 14 Oktober 2014 yang lalu. Kemudian sesi latihan seterusnya akan diadakan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program sedang dijalankan:


 Sesi senamrobik bersama dengan AJK Pelaksana yang dikendalikan oleh saudari Nur Syifa.
Penerangan ringkas oleh Pengarah Program sebelum bermulanya aktiviti bersama peserta.

Saudari Ana Syahida merupakan peserta yang bertuah bagi mengendalikan slot ice-breaking.

Refleksi akhir bersama dengan Cik Najidah.

Kesimpulannya, pastikan hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)