Training Of Trainer (TOT 1)

Pada  24 Oktober 2013 (Ahad)  yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara  (KeFB ) telah mengadakan program Training Of Trainer (TOT 1) yang bertemakan  ‘Membina Jiwa Serasi’ dan merupakan program kedua yang dijalankan untuk sesi 2013/2014. Program ini dilaksanakan di ruang legar Bitarasiswa,KSAH dan berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga jam 4.30 petang. Biarpun menerima saingan dengan program-program lain yang dianjurkan pada waktu yang sama di UPSI, namun program ini tetap mendapat sambutan yang memberangsangkan.  Selain bertujuan memberi pengenalan tentang visi,misi dan matlamat kelab,peserta turut diberi pededahan tentang ciri-ciri fasilitator. Program ini dijalankan sebagai inisiantif bagi menerapkan dan menyiapkan diri ahli kelab dari pelbagai aspek supaya terus bersedia menghadapi dugaan dalam menuntut ilmu. Melalui program ini ahli kelab digalakkan berfikir secara kreatif,rasional dal logik dalam mengaplikasikan modul  Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Selain itu, melalui program ini ukhwah dan keakraban sesama ahli kelab yang lama dan baharu dapat diterapkan dalam diri mereka. Melalui pendekatan ini mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan dalam masa yang sama dapat mewujudkan sebuah hubungan kekeluargaan dalam KeFB.



Slot 1~ Kenali Fasilitator 8.30 pagi – 10.30 pagi


Slot ini dikendalikan oleh Presiden Kelab




Pembahagian kumpulan- dilaksanakan oleh AJK aktiviti



Slot 2~ Saya Fasilitator Bitara


Slot 3~ Ice-Breaking


Slot 4~ Pembentangan modul



Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semuanya dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk kebaikan masing-masing.Insha Allah TOT II akan menyusul kelak,sama-sama kita doakan.


















BACK TO SCHOOL !!!



Tiada yang baru, tiada yang lama. Tempat Jatuh lagikan  dikenang, inikan pula tempat bermain. Begitulah kata yang dapat menggambarkan program ‘Back To School’ yang telah diadakan pada penghujung semester lalu, iaitu pada 14 Disember 2013, bertempat di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program berkonsepkan ‘reunion and gathering’ ini diadakan antaranya adalah sebagai tanda penghargaan dan meraikan usaha dan hasil komitmen sepenuh hati mantan MT dan Exco kelab serta semua ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) sama ada ahli baru dan lama, dengan bimbingan penasihat keFB, yang telah menyumbang bakti sehingga melayakkan KeFB  menerima anugerah dan penghargaan yang secara tidak langsung telah meningkatkan imej dan prestasi kelab ini.




Program ini juga membuka ruang dan peluang kepada para mantan MT dan Exco serta ahli-ahli lama untuk bertemu dengan sidang kepimpinan kini serta ahli-ahli baru untuk  berkenal-kenalan sesama ahli dan berkongsi pengalaman serta idea masing-masing. Pengalaman dan idea tersebut sedikit sebanyak menjadi cetusan ilham yang boleh diaplikasikan untuk program-program KeFB akan datang.






Majlis yang bermula seawal 8.30 malam ini telah diserikan dengan kehadiran Penasihat KeFB, Cik Najidah Yahaya, juga dimeriahkan dengan kehadiran mantan MT dan Exco KeFB, sama ada mantan yang masih menuntut di UPSI, mahupun mantan yang telah pun bergelar alumni dan kini berbakti di tempat lain. Kehadiran mereka sememangnya memberikan kenangan manis dan penghargaan yang cukup bermakna buat tetamu yang hadir. Majlis ini bertemakan Back To School, dengan penampilan pakaian sekolah oleh semua tetamu yang hadir telah menggamit kenangan zaman sekolah melalui suasana seakan kembali di sekolah. Selain dijamu dengan aneka makanan, majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa ahli-ahli keFB yang juga diselang-selikan dengan cabutan bertuah buat tetamu yang hadir.






Sesi fotografi bagi mantan MT dan Exco serta kepimpinan kini turut dirakamkan sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis menjadi bertambah bermakna dengan ucapan penutup oleh Penasihat KeFB yang cukup meninggalkan kesan buat hadirin, sesuai dengan konsep majlis yang menemukan sekalian ahli yang pernah bersama-sama dengan keFB. Selaku wakil jawatankuasa pelaksana majlis, kami merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian hadirin yang sanggup meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini dan menyumbang kepada kelncaran acara sepanjang majlis berlangsung. Semoga berjumpa lagi.






Sekian, Terima Kasih