Back To Scho0l!!
Bengkel Let's Talk
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada 1 Disember lepas Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan Bengkel Komunikasi Let's Talk bertembat di bilik E-Learning 10 Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan teknik berkomunikasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi. Program ini bukan sahaja dihadiri ohli ahli Kelab Fasilitator bitara tetapi juga tebuka kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI. Program ini telah dihadiri lebih kurang 82 orang peserta.
Penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramah berkaitan komunikasi ialah Prof Madya Mohd Taib Ariffin
Program telah berlangsung pada jam 8 pagi sehingga 1 tengah hari. Sesi pendaftaran dilakukan pada jam 8 sehingga 8.30 pagi. Prof Madya Mohd Taib Ariffin datang pada jam 9 pagi dan terus memulakan ceramah. Beliau menceritakan tentang teknik-teknik berkomunikasi yang betul, halangan dalam berkomunikasi dan cara meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi. Ceramah tersebut berakhir pada jam 11 pagi. Seterusnya peserta dijamu dengan minum pagi sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Sementara menunggu aktiviti seterusnya bermula, peserta sempat melakukan satu tarian yang dikendalikan oleh AJK pelaksana untuk mengembalikan tenaga.
Aktiviti seterusnya pada jam 11.30 pagi telah dikendalikan oleh Mc Lly Adrian Simon. Peserta diminta untuk duduk dan passing botol sehingga muzik berhenti. Orang yang memegang botol semasa muzik diberhentikan diminta untuk kehadapan dan melakonkan situasi yang telah dicabut undi.
Setelah selesai aktiviti tersebut, Cik Najidah selaku penasihat Kelab Fasilitator Bitara memberi ulasan dan komen kepada setiap lakonan tadi. Cik Najidah mengaitkan semula apa yang dipelajari semasa ceramah dan aktiviti tersebut. Akhir sekali acara yang akan dilakukan habis sahaja setiap program iaitu sesi bergambar. Selaku wakil AJK program Let's Talk ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan sanggup menggadaikan masa cuti pada hari Ahad dalam usaha menuntut ilmu. Terima kasih sekali lagi. Semoga kita bertemu lagi pada masa-masa akan datang. Insya Allah.
Ukhwah Fillah
Program
ini merupakan program kerohanian yang dianjurkan oleh Exco Latihan dan
Pembangunan Sahsiah Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Secara tidak langsung
melalui program ini dapat membentuk keperibadian unggul seorang mahasiswa yang
berkeyakinan serta bermotivasi pada masa sekarang dan masa akan datang. Selain
itu, dapat membentuk satu
generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang unggul bagi mewarnai
kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang. Oleh
itu, usaha ke arah menjadi mahasiswa dan bakal guru yang cemerlang dapat
diperolehi dari segi kerohanian, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,
sepakat dan sebulat suara dalam melakukan aktiviti mahupun sebarang program
yang mampu meningkatkan jati diri ahli kelab itu sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)