Pada 5 November dan 13 November 2016 yang lalu, KeFB telah menganjurkan program khidmat masyarakat di Kampu Baru Universiti Sultan Idris. Program berkenaan yang dikenali sebagai 'Clean Our Heart' merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan menerapkan sentimen mementingkan kebersihan diri sendiri dan alam sekitar. Pendekatan penjagaan kebersihan ini perlu untuk dititikberatkan dalam diri setiap individu berikutan ianya adalah aspek yang amat penting di dalam kehidupan. Bahkan di dalam hadis Rasulullah juga turut memperihalkan mengenai aspek kebersihan "Kebersihan adalah sebahagian daripada iman". Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya kita sebagai insan yang menetap di bumi yang fana ini untuk sentiasa menjaga kebersihan untuk kepentingan semua pihak.
Perkara ini turut menjadi ciri-ciri penting untuk menjadi seorang fasilitator yang cemerlang dari semua aspek. Hal ini demikian kerana, kebersihan adalah salah satu aspek penting untuk melahirkan individu yang bersahsiah unggul. Fasilitator yang unggul seharusnya mementingkan kebersihan, kekemasan dan kecantikan dalam usaha mendidik diri dan orang lain. Oleh itu, KeFB terpanggil untuk menganjurkan satu program kemasyarakatan iaitu 'Clean Our Heart' yang bertujuan untuk mendedahkan kepentingan menjaga kebersihan dan peranan kita dalam mengekalkan aspek kebersihan di sekeliling kita. Program ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara ahli KeFB.
Berikutan dengan itu, wajarlah dikatakan bahawa pelaksanaan program 'Clean Our Heart' merupakan titik mula bagi seorang fasilitator untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mampu untuk menjadi pemudah cara yang bersahsiah tinggi.
Hari pertama (5 November)
Hari kedua (13 November)
"Bergerak Seiring Menyahut Cabaran"