KASIH BERTAUT KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mohon maghfirahMu Ya Allah,
Bertasbih bertahmid memohon keampunan,
Indah jalinan sebuah ukhuwah,
Penyatuan dijadikan sebagai ingatan.

Pada 19 Mac yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB), telah menjalankan satu program iaitu "Kasih bertaut kembali". Program ‘Kasih Bertaut Kembali’ merupakan program yang bertujuan untuk mengalu-alukan kedatangan ahli Kelab Fasilitator Bitara ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas berakhirnya cuti semester. Program ini juga dijalankan khusus untuk meraikan kedatangan semua ahli Kelab Fasilitator Bitara yang sekarang ini berada di semester 8 yang baru sahaja menghabiskan praktikum pada semester sebelumnya.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk:
  • Mengukuhkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim yang erat dalam kalangan ahli-ahli KeFB.
  • Mewujudkan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial (JERIS).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah 'ice breaking' dan 'kotak beracun'. Aktiviti ini dijalankan secara santai dan bersahaja. Aktiviti yang dijalankan ini adalah salah satu sesi perkenalan secara tidak formal antara ahli-ahli KeFB yang baru mahupun yang lama. Program ini juga perlu dilaksanakan untuk melahirkan perkongsian pengalaman, idea dan pendapat sewaktu aktiviti dijalankan dalam kalangan ahli-ahli KeFB.
   
Diharapkan program seperti ini akan diteruskan untuk membentuk jati diri yang utuh dalam mengharungi pelbagai liku kehidupan. Selain itu, dapat memupuk sifat kerjasama, berdaya saing serta semangat berpasukan tanpa mengira perbezaan latar belakang dan sosiobudaya. Di samping itu, dapat mengeratkan ikatan silaturrahim antara ahli baru dan lama.


'Kasih Bertaut Kembali' yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan.

Sesi pendaftaran para peserta.

'

Sesi ice breaking, lukisan kampung kita. Berbakat juga Timbalan Presiden kita ye..hee

Sedikit perkongsian daripada mantan Kelab Fasilitator Bitara.

Sesi LDK yang dikendalikan oleh fasilitator bersama para peserta.

Slot aktiviti 'Kotak beracun'. Dia yang kena!

Wajah-wajah mantan Kelab Fasilitator Bitara yang banyak berkongsi ilmu.

Sesi fotografi untuk dijadikan kenang-kenangan.

Wajah di sebalik kejayaan program "Kasih Bertaut Kembali"

Perasmian oleh Cik Najidah binti Yahaya, Penasihat Kelab Fasilitator Bitara (KeFB)













KEM PEMANTAPAN EXCO DAN RAKAN EXCO KELAB FASILITATOR BITARA : JATUH BERSAMA BANGUN BERSAMA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Keluarga Ungu kembali lagi dengan Program "Jatuh Bersama Bangun Bersama" setelah berehat selama beberapa bulan bagi cuti semester. Sabda Rasulullah saw dari Abu Musa r.a. berkata: Nabi Saw seorang mukmin terhadap sesama mukmin bagaikan satu bangunan yang setengahnya menguatkan setengahnya, lalu nabi saw menggeramkan jari-jarinya (Bukhari & Muslim). 

Pada Ahad, 28 Februari 2015 yang lalu, Program Jatuh Bersama Bangun Bersama telah dijalankan dengan jayanya di Kem Ayer Hitam, Taiping. Program ini dibawah kelolaan Naib Setiausaha Kelab Fasilitator Bitara. 


Obkejtif program ialah :

  • Memupuk kerjasama dalam kumpulan.
  • Mempertingkatkan komunikasi untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan ahli.
  • Memingkatkan keyakinan, mental dan fizikal peserta.

Pelbagai altiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut antaranya ialah:

  1. Treasure Hunt
  2. Abseiling
  3. Ikhtiar hidup


Para peserta mula bertolak menuju ke Kem Ayer Hitam 

 Para peserta diberikan sarapan sebelum memulakan sesi Treasure Hunt

 Salah seorang peserta sedang melakukan persiapan bersama instruktor sebelum berangkat masuk ke hutan simpan

 Perjalanan Bermula!!

Kem Komanden sedang memberikan taklimat berkaitan keselamatan semasa aktiviti abseiling

 Salah seorang peserta melakukan penurunan dengan menggunakan kaedah "Normal Rappelling"

 Aktiviti ikhtiar hidup, peserta diajar membuat roti gulung oleh instruktor

 Sesi majlis penutupan yang dirasmikan oleh Penasihat keFB, Cik Najidah Bt Yahaya


Gambar Kenangan di Kem Ayer Hitam, Taiping






Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini. Diharapkan juga segala input yang tedapat di dalam program ini dapat dialikasikan dalam kehidupan seharian kita. 

Semoga bertemu lagi dalam program-program yang lebih menyeronokkan dan bermanfaat akan datang.

sekian terima kasih

"BERGERAK SEIRING MENYAHUT CABARAN"