Fesi Pitar IT (FasBIT) 9 November 2014

Salam Sejahtera, semua..

Anda sihat? Katakan 'Happy' jika sihat..

Okay, baiklah. Berbalik pada tajuk di atas.
Pada 9 November 2014, KeFB telah menjalankan program yang sangat dinanti-nanti oleh semua ahli. Tak kira bangsa 
melayu, cina, india mahupun bangsa lain. Seperti sidang lepas diadakan Bengkel Fesi Pintar IT (FasPIT) dan untuk kali ini program yang hampir sama tetapi terdapat sedikit perbezaan iaitu Fesi Bijak IT (FasBIT). Program ini telah diketuai oleh Saudara Khalifah Sani iaitu Exco Penerbitan, Dokumentasi dan Inform
asi (PDI), KeFB selaku pengarah program FasBIT. Penceramah jemputan pula iaitu Cik Mariam Zurina merupakan pelajar jurusan pengiklanan di UPSI.

Semasa bengkel ini dijalankan, para peserta diajar cara mengedit gambar menggunakan Photoshop CS6 dan juga asas fotografi. Walaupun tiada kamera yang canggih tetapi dengan mengambil dari sudut-sudut yang betul gambar pun boleh jadi cantik.

Bagi memastikan para peserta mendapat input yang berguna ketika menghadiri program ini, satu pertandingan fotografi yang bertemakan komedi telah diadakan. Pemenang ditentukan oleh jumlah “like” yang terbanyak. 

Hadiah:

Pertama : Hadiah Misteri + Sijil 
Kedua    : Hadiah Misteri + Sijil 
Ketiga    : Hadiah Misteri + Sijil

Jom kita tengok gambar kawan-kawan kita semasa program FasBIT!

Sebelum mula kita baca doa dulu yerr..
Peserta sedang khusyuk mengedit gambar masing-masing.

Aikk, siapa pula bawa kereta ni?

Khusyuknya kawan-kawan kita ni.

Bergambar bersama semua peserta.

SEMARAK KASIH SETEGUH UKHWAH IV

Salam Bitara dan salam sayang ♥ dari KeFB,

Pada 02 November 2014, KeFB telah menjalankan aktiviti " Semarak Kasih, Seteguh Ukhwah" (SEKAWAH) IV, bertempat di Padang Utama Kampus Sultan Abdul Jalil. Untuk makluman, SEKAWAH IV merupakan aktiviti tahunan dalam takwim KeFB. Ia juga merupakan program untuk mengeratkan lagi keakraban dan ukhwan sesama ahli-ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Pada sidang kali ini. Muhammad Fakhruddin adalah pengarah untuk program SEKAWAH IV ini dan beliau merupakan Exco Tugas-Tugas Khas (TTK).

SEKAWAH IV pada sidang ini tampil dengan mengangkat tema " Membudaya Tradisi, Mentradisi Budaya" dimana pelbagai sukan rakyat atau sukan tradisional dimainkan disamping terdapat juga aktiviti sukaneka yang dijalankan.

Perjalanan program bermula dengan senamrobik dan diteruskan dengan sukan tradisional. Antaranya ialah tarik upih, permainan mencipta layang-layang, congkak, batu seremban, dam dan permainan bola dengan memakai kain sarung. 

Objektif utama SEKAWAH IV dijalankan ialah untuk menjalinkan ikatan persaudaraan dan silaturahim yang erat antara setiap ahli KeFB yang lama dan ahli baru yang terdiri daripada semester 1. Justeru itu, SEKAWAH IV sidang ini berlangsung dengan jayanya. :)

"Bergerak Seiring Menyahut Cabaran"


sesi pembahagian kumpulan.
*habis muka kena conteng dengan kak fong.


senamrobik.
*semangat presiden kita melakukan aktiviti senamrobik


aktiviti rengangkan otot-otot
*jaga-jaga nanti terjatuh. hehe :D


aktiviti pancing botol.
*khusyuk betul kakak sorang ni.


ini energizer "saya teko"
yang dikendalikan oleh kak sofie


semangat betul kumpulan hitam yang diketuai oleh Roland


sesi tarik upih


fokusnya Roland menarik Nik


tarian penguin bersama-sama.
*apa yang Hafiz buat tu? hehe :D


main bole sepak pun boleh pakai kain batik taw !


permainan batu seremban


permainan congkak.
*sebelum sambung main 'pose' dulu


ciptaan layang-layang bagi setiap kumpulan


Sumpit belon tu jaga-jaga yea kakak-kakak, abang-abang
*semangat sokmo Faezsyam kalau nak sumpit belon ni.


Ahli-ahli KeFB yang sporting lagi baik.
torrbaaaiiikkk laahhh deme. hehe :D

Sekian, terima kasih. Jangan segan-segan untuk baca lagi blog kami yea. Ikhlas daripada admin. 

KEEP IT UP WORKSHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar ahli-ahli KeFB sekalian?
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera kehendaknya...

“Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat”.

Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan program “Keep It Up Workshop”  pada 12 Oktober 2014, bertempat di Bilik Latihan Haji Md Yusuf, Bitarasiswa. Program ini bertujuan memperkenalkan kepada peserta apa itu fasilitator, pecah ais (ice breaking), energizer, serta diselitkan juga mengenai program-program yang telah  dijalankan dan program-program akan datang oleh Kelab Fasilitator Bitara.

Sesi ice breaking yang dimulakan dengan energizer. Aktiviti pertama diberi nama “Evolusi Diri”, aktiviti ini menerangkan gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, peluang kedua tetap ada. Aktiviti seterusnya ialah “Kenali Daku” , aktiviti ini peserta perlu memperkenalkan diri masing-masing dengan menggunakan bahasa isyarat dan Bahasa Melayu baku.





Sesi Ice-Breaking “Evolusi Diri”, beberapa peserta menunjukkan cara aktiviti perlu dilakukan kepada semua peserta



Sesi Ice-Breaking “Kenali Diri”, peserta memperkenlan diri menggunakan bahasa isyarat


Slot  kedua ini dikendalikan oleh presiden kelab iaitu saudara Mc Lly Adrian bin Simon. Beliau memperkenalkan latar belakang Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) UPSI. Kemudian beliau menayangkan montaj Majlis Tertinggi dan Exco Kelab dan penasihat kelab iaitu Cik Najidah Binti Yahaya. Montaj aktiviti sidang lepas dan takwim kelab sidang ini juga turut dipaparkan supaya dapat menarik minat ahli dan bukan ahli untuk menyertai semua program yang KeFB anjurkan. Antara program yang telah dijalankan dan akan dilaksanakan bagi sidang ini ialah:-    

1.   Kem Pemantapan Organisasi
2.      Program Lestari Alam
3.   Program “Keep It Up Workshop”
4.   Super Dupper Training
5.   SEKAWAH IV
6.   Fasi Bijak IT (FASBIT)
7.   Message From Heart
8.   Nur: Lilin Seorang Guru
9.   Puzzle Of Knowledge
10. Bengkel Protokol dan Pengurusan Organisasi
11. Ukhuwwah Ini KeranaMu Ya Rabb
12. Kem Eksklusif Sekolah Bitara


Sesi perkenalan MT dan Exco KeFB kepada peserta


Selain itu, terdapat perkongsian ilmu berkaitan dengan asas fasilitator dan ujian personaliti diri serta pengalaman sebagai anggota sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia ke Kampung Wamy, Kemboja daripada penasihat kelab iaitu Cik Najidah Binti Yahaya.


Slot bersama penasihat KeFB berkongsi pengalaman ke Kemboja




Slot Mengenali Personaliti Diri bersama Cik Najidah Binti Yahaya


Slot seterusnya ialah  Sukarelawan Siswa (YSS) oleh saudara Mc Lly Adrian Bin Simon. Beliau juga turut berkongsi pengalaman menjadi sukarelawan semasa pergi ke Vietnam, Kemboja dan Bintulu di Sarawak. Tambahnya lagi, cara hidup dan komunikasi masyarakat di sana sangat berbeza dengan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga turut membawa seorang lagi rakan seperjuangan yang turut sama terlibat dalam misi tersebut untuk sama-sama berkongsi pengalaman yang mereka telah perolehi.




Slot Sukarelawan Siswa bersama saudara Mc Lly Adrian Bin Simon





Sesi bergambar bersama Penasihat KeFB, Cik Najidah Binti Yahaya bersama peserta


"Hanya mereka yang berhati waja, cekal dan tabah akan dapat mengharungi segala dugaan dengan sempurna”

Sekian, terima kasih.



“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”

Supper Dupper Training (SDT) Eksklusif

“Jika kita hendak menunggu ilmu yang mencukupi, bilakah agaknya ilmu kita akan cukup?”  Jadi, kita haruslah memperbaiki diri terlebih dahulu untuk membantu dan memperbaiki diri orang lain.” Slogan ini amat bertepatan dengan seorang fasilitator yang baik. Istilah ini bermakna, perubahan diri sendiri secara peribadi dan juga perubahan orang lain atas usaha kita untuk memberikan nasihat dan teguran. Inilah yang bertepatan dengan motto KeFB itu sendiri iaitu "Bergerak Seiring Menyahut Cabaran".


Oleh itu, Kelab Fasilitator Bitara(KeFB) UPSI telah mengambil inisiatif  bagi membantu ahli-ahli kelab untuk menjadi seorang fasilitator atau pemudah cara yang baik  dalam sesuatu program dan seumpamanya dengan mengadakan program Supper Dupper Training (SDT). Program ini diketuai oleh saudara Muhammad Faezsyam Bin Suhaini   dan program ini juga bersifat berkala. Sesi yang pertama telah berlangsung dengan jayanya bersama dengan Penasihat Kelab Fasilitator ini sendiri iatu Cik Najidah bt Yahaya pada 14 Oktober 2014 yang lalu. Kemudian sesi latihan seterusnya akan diadakan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program sedang dijalankan:


 Sesi senamrobik bersama dengan AJK Pelaksana yang dikendalikan oleh saudari Nur Syifa.
Penerangan ringkas oleh Pengarah Program sebelum bermulanya aktiviti bersama peserta.

Saudari Ana Syahida merupakan peserta yang bertuah bagi mengendalikan slot ice-breaking.

Refleksi akhir bersama dengan Cik Najidah.

Kesimpulannya, pastikan hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)

PROGRAM LESTARI ALAM


"Kecemerlangan akademik lahir daripada otak yang cerdas dan tubuh badan yang sihat".  Oleh yang demikian, Bukit Broga, Semenyih, Selangor telah dipilih oleh saudari Ana Syahida binti Teridi selaku Exco Akademik, KeFB  untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang aktiviti yang bersifat sukarelawan dan pendakian. Di samping mendaki, ahli-ahli kelab secara suka rela perlu mengutip sampah-sarap di sekeliling kawasan pendakian bagi menjaga alam sekitar. Sebagai seorang fasilitator yang unggul juga, sikap tolong-menolong antara satu sama lain perlu diterapkan dan ahli-ahli kelab perlu bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. 

 Peserta tiba di perkarangan parkir Bukit Broga


Bersenam dahulu bagi mengelakkan sebarang kekejangan

          Tepat jam 2.00 pagi, para peserta memulakan perjalanan.Perjalanan peserta yang lancar sebelumnya ,namun terhenti seketika kerana laluan yang gelap menyukarkan ketua untuk mengenal pasti jalan yang dilalui. Pendakian yang jauh dan ada sesetengah tempat yang curam menyebabkan para peserta terpaksa berehat beberapa kali. Akhirnya, pada jam 3.20 pagi, para peserta sampai ke puncak yang pertama.

             Setibanya di puncak, para peserta berehat sebentar sebelum meneruskan dengan sesi refleksi. Dalam slot ini para peserta dipilih secara rawak untuk memberikan refleksi masing-masing. Secara kesimpulan, setiap peserta menyatakan bahawa aktiviti ini dapat memupuk semangat setia kawan, kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang.
Sesi refleksi dijalankan di puncak yang pertama
     Setelah hampir setengah jam berehat, para peserta meneruskan pendakian ke puncak yang kedua. Di puncak yang kedua, para peserta melepaskan penat masing-masing dan berehat. Pada jam 5.30 pagi semua peserta membuat persiapan untuk solat subuh secara berjemaah. Selepas solat, Slot seterusnya, pengisian mengenai sifat cinta kepada alam sekitar dan kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan oleh tuhan disampaikan oleh saudara Muhammad Hafiz dalam kuliah subuh.
Para peserta menunaikan solat subuh berjemaah 

     Di puncak Broga, suara-suara dari para pendaki lain memecahkan kesunyian. Dalam masa beberapa minit sahaja, puncak tersebut dipenuhi oleh para pendaki. Selesai solat, para peserta mengemas barang masing-masing. Sesi bergambar diambil sebagai kenangan. Lebih kurang jam 7.15 pagi, reaksi para peserta teruja apabila melihat matahari terbit. Pada jam 7.30 pagi, para peserta meneruskan pendakian semula. Para peserta dilihat lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan mungkin disebabkan selepas berehat dan masih teruja melihat keadaan sekeliling yang diselaputi dengan kabus yang tebal. 
Bergambar kenangan sebelum menunggu matahari terbit

Para peserta meneruskan pendakian untuk ke puncak yang seterusnya


          Setelah hanya beberapa minit, para peserta tiba di kaki bukit puncak yang pertama. Melihat kepada ketinggian dan kesukaran laluan untuk ke puncak yang pertama, terdapat beberapa peserta yang tidak meneruskan perjalanan dan hanya berehat di kaki bukit puncak tersebut. Namun, sebilangan yang lain tetap meneruskan perjalanan ke puncak yang pertama. Di sana, misi pertama iaitu  aktiviti mengutip sampah dilakukan. Setiap peserta bergotong-royong mengutip sampah-sarap yang bersepah. Sesi bergambar juga tidak dilepaskan oleh setiap peserta. 

 Sebahagian daripada peserta yang sampai ke puncak Bukit Broga

Para peserta bergambar bersama bungkusan sampah sarap yang telah mereka kutip 

           Jam 8.30 pagi, para peserta bertolak turun ke bawah sambil mengutip sampah. Setibanya di puncak yang pertama, para peserta berjumpa dengan penasihat KeFB Cik Najidah Binti Yahaya. Slot diteruskan dengan sesi refleksi bersama penasihat. Setelah itu, para peserta meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah. Walaupun terdapat beberapa peserta yang  mengalami kecederaan seperti kekejangan otot, pening dan sebagainya, akhirnya, pada jam 10.00 pagi para peserta tiba di bawah dengan selamat.
 Sebahagian daripada para peserta bergambar ketika hendak menuruni bukit

Sesi bergambar bersama Penasihat KeFB, Cik Najidah Binti Yahaya 
di puncak pertama Bukit Broga

Walaupun keletihan, namun pengalaman yang ada membuatkan setiap peserta lebih cekal dan ukhuwah yang terbina juga lebih erat. Perjalanan menuju ke UPSI berjalan dengan lancar dan para peserta tiba di Bitarasiswa pada jam 1.30 petang. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada pengarah program.


Pengarah program menyampaikan hadiah kepada ketua kumpulan 

Program Kepimpinan bersama SMK Bandar Baru,Seri Petaling

Pada 27 september 2014 Kelab Fasilitator Bitara upsi telahpun menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling. Pada kali ini program yang kami adakan adalah bertemakan kepimpinan. Program ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Pada awal sebelum slot program bermula salah seorang daripada bahagian Perancangan Korporat UPSI iaitu En.Bazli telah memberikan sedikit kata aluan dan menerangkan kepada semua pelajar dan guru mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris (upsi) dan video korporat juga ditayangkan pada ketika itu.

Seterusnya bermulalah program pelajar SMK Bandar Baru,Seri Petaling bersama fasilitator. Bertempat di Dewan Kuliah M,bagi sesi pagi slot 1 dimulakan. Aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking yang dikendalikan oleh saudari syifa. Aktivi tersebut berjalan dengan lancar dan pelajar memberikan respon kerjasama yang sangat baik.

Kemudian slot 2 diteruskan dengan penyampaian ceramah kepimpinan yang dikendalikan oleh saudari hayati. Ceramah kepimpinan tersebut menekankan berkenaan pentingnya seseorang individu itu untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan berpandangan jauh. Saudari hayati juga berkongsi dengan pelajar tentang penting juga untuk memiliki ciri kepimpinan yang secukunya agar apabila kita menjadi pemimpin kita menjadi pemimpin yang mempunyai multi skil dan kemahiran komunikasi yang cemerlang.

Sesi petang dijalankan di bahagian ruang legar Bitarasiswa. Sebelum slot 1 sesi petang dimulakan pelajar diberikan masa untuk rehat dan menunaikan solat bagi pelajar muslim. Slot 1 dimulakan dengan aktiviti Buta Pedoman yang dikendalikan oleh saudara Faesyam. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji dan melatih kepekaan pelajar dan memupuk sikap boleh menerima kekurangan diri dan orang lain. Hal ini kerana dalam aktiviti ini pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada kelompok-kelompok yang menjadi orang buta, orang pekak dan orang bisu. Mereka dikehendaki berkomunikasi antara satu sama lain untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh fasi. Aktiviti ini sangat menguji kemahiran komunikasi dan kekreatifan para pelajar. 


LDK 1 : Buta Pedoman yang dikendalikan oleh Saudara Faesyam



Fasilitator membantu peserta menutup mata dengan helaian kain



Selesai sahaja aktiviti Buta Pedoman sebentar tadi,slot 2 pula diteruskan oleh saudara Hafiz dengan aktivitinya iaitu Nyawa dihujung jari.Aktivi ini mendedahkan pelajar untuk berani mengambil risiko dan sanggup untuk menanggungnya. Pelajar akan bertindak untuk menetapkan sendiri ketua tanpa diarahkan oleh fasilitator dan membuat keputusan mengikut ketua masing-masing. Disini kita dapat mengukur tahap kepimpinan dan kerjasama antara pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh fasi.


LDK 2: Nyawa di hujung jari

Akhir sekali majlis penutupan berlangsung pada pukul 4 petang. Majlis penutupan tersebut dihadiri oleh guru kanan sekolah smk Bandar Baru,seri petaling dan penyerahan cenderahati disampaikan kepada wakil bahagian korporat upsi dan presiden kefb iaitu Mc liy Adrian.
























Penyerahan cenderahati SMK Bandar Seri Petaling oleh guru pengiring

Sebelum pelajar smk Bandar Baru,seri petaling bertolak pulang, para fasilitator mengambil gambar beramai-ramai dihadapan Bitarasiswa bersama guru dan pelajar. Para pelajar pulang dengan gembira walaupun kelihatan penat namun kami fasilitator berharap pertemuan yang singkat ini dapat memberikan input yang berkesan untuk dimanfaatkan oleh pelajar di masa akan datang dan yang penting kenangan bersama adik-adik tidak akan kami lupakan.


Sesi fotografi bersama peserta, guru dan fasilitator