"SEKAWAH V" (Semurni Kasih Seteguh Ukhwah :)

   
Hai. Assalamualaikum & Salam Bitara.

Haaa kita kembali lagi dengan aktiviti keFb yang seterusnya.
Tapi sebelum tu terima kasih diucapakan kepada barisan  Mt Exco dan ahli-ahli kelab yang telah bekerjasama dan memberikan komitmen sepenuhnya hingga kita berjaya memeriahkan program ni. *tepuk tangan

Ok, pada 11 Oktober 2015 (Ahad) satu lagi program wajib Kelab Fasilitator Bitara telah kita adakan. Apa ya?

Baiklah, program “Sekawah V” ( Semurni Kasih Seteguh Ukhwah ) yang bertemakan "Game of World"  telah kita adakan bagi mengeratkan lagi ukhwah antara ahli-ahli kelab. Yang lebih menarik lagi, kesemua permainan yang di jalankan sangat unik di mana kesemua permainannya adalah permainan moden yang diubahsuai daripada permainan dari negara luar.

Antara permainannya
 ialah :
1. Marble Fishing
2. Donut Game
3. Twin Dodgeball
4. Relay Race


   Program Semurni Kasih Seteguh Ukhwah ini adalah merupakan kesinambungan ataupun program wajib yang diadakan setiap sidang tau. Kandungannya memang menarik dan bermanfaat dan apa yang penting, ia lebih mengeratkan lagi ukhwah dan semangat kerjasama sesama keluarga kita. Nak tau apa aktiviti yang ada? Ok jommmmm



.



Sesi pendaftaran peserta yang diadakan seawal jam 8 pagi




Peserta gigih mengikut senam robik yang dimulakan..

Wah..setiap kumpulan bersemangat menunjukkan “trademark” masing-masing.


 Kemeriahan aktiviti “Twin Dodgeball” dengan peserta berpasangan mengenakan kain pelikat dan kain batik

Peserta bertungkus-lumus memecahkan belon dalam aktitvi “Relay Race”

Ops..terkena! salah satu “chekpoint” dalam aktivit “relay race”


Kerjasama antara ahli kumpulan dalam melengkapkan logo kelab. Bersungguh-sungguh mereka.



Perasmian penutupan dan pernyampaian hadiah kepada peserta kumpulan daripada penasihat kita Cik Najidah Yahaya


Selesai program. Bergambar kenangan dengan semua peserta.
Sekian sahaja program untuk kali ini. Moga ukhwah ini terus terjalin selamanya.
Salam sayang,






“Bergerak seiring menyahut cabaran”

LET'S EXPLORE guys... ;)


Assalamualaikum & Salam Bitara,

Sihat?
Entri kali ini, admin nak storry sikit mengenai Aktiviti yang telah dijalankan oleh KeFB pada minggu lepas..

Program apa ya??ha...adik2..Program Let's Explore pada 4 Okt. yang lepas..dengan bertemakan " Bakat Digilap, Ilmu Ditingkat". Pada kali ini, telah menampilkan seramai 69 orang peserta.

Peserta semangat ber "Ziriguidum"


πŸ’ŽDari Air kita belajar ketenangan.
πŸ’ŽDari Batu kita belajar kekuatan.
πŸ’ŽDari Tanah kita belajar kehidupan.
πŸ’ŽDari Kupu-kupu kita belajar merubah diri.
πŸ’ŽDari Padi kita belajar rendah hati.
πŸ’ŽDari Allah kita belajar kasih sayang yang sempurna
πŸ’ŽMelihat ke atas memperoleh semangat untuk maju.
πŸ’ŽMelihat ke bawah bersyukur atas semua yang ada.
πŸ’ŽMelihat ke sisi semangat kebersamaan.
πŸ’ŽMelihat ke belakang sebagai pengalaman berharga.
πŸ’ŽMelihat ke dalam untuk muhasabah diri.
πŸ’ŽMelihat ke depan untuk jalan lebih baik.
πŸ’ŽDari kegagalan kita belajar keberhasilan..
πŸ’ŽDari kekalahan kita belajar kemenangan..
πŸ’ŽDari kejujuran kita belajar kejayaan..
πŸ’ŽINILAH KEHIDUPAN.


Program dimulakan dengan sesi Pecah Ais oleh Cik Najidah Yahaya. Agak teruja dengan teknik pembahagian kumpulan oleh bonda kita. (so, Admin pun kena Up kan lagi ilmu yang diberi).


Tik..tok..tik..tok..setelah berakhir beberapa slot yang dikendalikan oleh bonda, tiba la saat dinanti-nantikan oleh semua peserta..(yeahhh....apa tu?)

Apa lagi..peserta juga telah dipilih secara rawak untuk membentangkan modul masing-masing secara on the spot..


Setelah selesai pembentangan modul, peserta akan dinilai, diberi penambahbaikan dan di kritik secara positif untuk menggilap semula teknik agar mereka menggunakan teknik/kaedah yang betul dalam menjadi seorang Fasilitator yang BITARA.

Pembentangan Modul oleh salah seorang peserta

#Gayabadan
#Lontaransuara
#Mimikmuka

#eyecontacts
#penggunaanmasa
#pembahagiankumpulan
#penyampaianarahan
#teknikpegangmikrofon
#teknikberjalan
#teknikkawalkeadaan

dan.....pelbagai lagi perkara telah disentuh oleh Cik Najidah Yahaya. {Terima kasih banyak2 pada bonda ;) }

Sungguh yakin adik ni membuat Sesi Refleksi..


                                             Terima kasih atas komitmen yang diberikan.

                                             Moga di lain masa, kita bertemu lagi :D :D

                                        Teruskan komitmen anda pada TOT seterusnya 

                                         "BERGERAK SEIRING MENYAHUT CABARAN"



Melangkah Ke Menara Gading bersama SMK Permas Jaya, Johor

Assalamualaikum dan salam bitara,

Pada 1 Oktober 2015, Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB) telah mendapat jemputan untuk menjalankan program "Melangkah Ke Menara Gading" bersama SMK Permas Jaya, Johor. Seramai 59 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring telah menyertai program ini.

Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator (KeFB). Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan kehidupan di UPSI. Melalui program ini juga kita dapat berkongsi maklumat berkaitan program yang ditawarkan di UPSI.

Di samping itu juga, kami telah mengadakan sesi bual bicara antara pelajar SMK Permas Jaya bersama mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah UPSI.

Banyak aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang program berlangsung antaranya "Jelajah Kampus". Kami telah membawa adik-adik SMK Permas Jaya melawat sekitar UPSI seperti Muzium Pendidikan Nasional, Laman Batik dan Perpustakaan Tuanku Bainun.

Majlis ini telah dirasmikan oleh penasihat (KeFB) iaitu Cik Najidah binti Yahaya. Pada sebelah petang, kami telah membawa adik-adik SMK Permas Jaya melawat sekitar Proton City dan Kampus Sultan Azlan Shah.

Jauh perjalanan, luas pandangan...
Alhamdulilah adik-adik dan guru dari SMK Permas Jaya selamat tiba di UPSI.





Slot 1: Bual bicara dengan Jabatan Pengajian Malaysia bersama Dr. Sayuti.













Slot 2: Intro UPSI dan Pengenalan KeFB oleh Presiden






Badan pun dah penat, kita massage dulu bagi segar ye..hee












 






Sesi pendaftaran untuk pembahagian kumpulan.









Wajah pengarah program kita..hee



















Sekitar majlis penutupan..
Penyampaian cenderahati dari (KeFB) kepada wakil guru SMK Permas Jaya







Potret sebagai kenang-kenangan andai ada yang merindui kami.. :)

Program Swa Diri

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 29 September 2015, Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah mengadakan Program Swa Diri bertempat di Aras 5, Bangunan E-Learning. Seramai 85 orang ahli kelab telah menyertai program ini. Program ini telah dikendalikan sendiri oleh penasihat (KeFB), iaitu Cik Najidah binti Yahaya.

           Program ini adalah program pertama yang telah dijalankan oleh (KeFB) pada sidang ini selepas pengambilan ahli baru. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang untuk para peserta mengetahui personaliti diri mereka, membina jati diri seorang fasilitator , menerapkan sifat positif dalam diri serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli (KeFB) itu sendiri.

             Untuk pengetahuan semua, penasihat (KeFB) juga ada menjalankan 2 jenis ujian semasa program ini, iaitu Ujian Iventori Sidek dan Ujian Numerologi kepada para peserta yang hadir. Para peserta sangat teruja untuk menjalani ujian tersebut kerana dari situ mereka dapat melihat dan menilai personaliti diri mereka. 

                Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli (KeFB) yang sudi hadir menyertai program yang telah dijalankan. Diharapkan ahli-ahli dapat memberi komitmen yang sepenuhnya untuk program-program yang bakal menyusul. 


Sesi menjamu selera..yummy3x
Sedikit perkongsian pengenalan (KeFB) oleh Presiden.


Penerangan Ujian Numerologi oleh Penasihat (KeFB)
Fokus nampaknya peserta kita. Keep it up!
Khusyuk peserta menjalani Ujian Inventori Sidek.
Antara foto yang sempat diabadikan bersama peserta "Swa Diri"










Sesi Temuduga Keahlian Baru KeFB

Assalamualaikum dan salam bitara…

Pada 16 September 2015, Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB) telah mengadakan temuduga bagi semua ahli baru yang telah mengambil dan menghantar borang keahlian kelab. Hampir 200 orang pelajar datang untuk sesi temuduga yang berlangsung pada hari tersebut.

Untuk pengetahuan semua, temuduga ini dijalankan sebanyak 2 sesi, iaitu sesi pagi dan petang.

KeFB menjalan sesi temuduga ini kerana ingin memilih calon-calon yang sememangnya berminat, dan boleh memberi komitmen serta pengorbanan kepada kelab suatu hari nanti.

Sesuailah dengan tagline kelab ini, iaitu “Kami tidak mencari yang hebat, tapi kami mencari yang ingin menjadi hebat”.

 Kita bermula dari zero dan in shaa allah akan meningkat kepada hero.

Tahniah kepada yang telah lulus temuduga tersebut dan tahniah kerana telah menjadi sebahagian daripada KELUARGA UNGU J

Sebahagian calon yang akan ditemuduga

AJK Pendaftaran yang setia dengan tugasnya :)
Sesi pendaftaran 

Sedikit perkongsian diberikan kepada calon akan ditemuduga
Menanti masa untuk ditemuduga..
ehhh, ada pulak 2 exco, takkan nak temuduga sekali lagi kot :P
Sesi yang dinantikan, temuduga oleh Penasihat KeFB :)






KEM PEMANTAPAN ORGANISASI

Pada 16 September 2015 iaitu pada hari Rabu yang lepas, Kelab Fasilitator Bitara UPSI (KeFB) telah menjalankan Kem Pemantapan Organisasi bertempat di Escape, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti lasak telah diharungi oleh MT & Exco KeFB bagi memupuk sinergi dan membentuk keyakinan dalam diri mereka untuk mengurus organisasi ini.
Apa2 pun selfie dulu sebelum mula program

Tubbing

Flying Fox
Jom belajar berjalan
Kami tak gentar harungi dugaan

Peserta mengatasi ketakutan mereka pada ketinggian untuk meningkatkan keyakinan mereka

Program ini berjaya meningkatkan keyakinan para peserta dan membentuk semangat ukhuwah yang kukuh sesama mereka.

Pengedaran Borang Pengambilan Ahli KeFB

"Kami tidak mencari yang hebat tetapi kami ingin mencari seseorang yang ingin menjadi hebat"

Assalamualaikum dan salam Bitara

   Pada 9 & 10 sept 2015 kelab fasilitator bitara telah mengedarkan borang keahliah bagi pengambilan ahli baru pada sesi 15/16 sebanyak 200 borang.
   Alhamdulillah, selama 2 hari kaunter kami diserbu oleh pelajar2 baru dan masing2 menunjukkan minat terhadap kelab ini dan sebanyak 200 borang keahlian telah habis diedarkan
   Bagi yang berminat mereka diedarkan borang pemohonan dan seterusnya pemilihan akan dipilih melalui sesi temu duga yang akan dijalankan pada 21 september 2015 .

sesi  petang



Salah seorang exco KeFB menerangkan serba sedikit berkaitan latar belakang kelab dan program yang telah dijalankan kepada pelajar yang baruπŸ˜„


sesi  pagi

Semoga berjaya dalam sesi temu duga dan akan menjadi salah seorang ahli keluarga ungu 😁



jumpa anda disana ;)