Kem Eksklusif Sekolah Bitara (KESB) Fasa 2

"Santapan Minda"

Assalamualaikum dan salam bitara, :)

Pada 17 Mei yang lalu, Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa ke-2  telah berlangsung dengan jayanya. Dengan tema “Santapan Minda” , kem ini diadakan di Dewan Konvensyen E-Learning, Aras 5, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Kem ini melibatkan 5 buah sekolah rendah ataupun sekolah kebangsaan yang menjadi sekolah angkat kepada UPSI.

Seramai 30 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa ke-2 pada kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, sesi “ice breaking” dan pelbagai slot yang lain lagi. Rupa-rupanya, adik-adik kita ni, aktif sungguh. Jenuh abang-abang dan kakak-kakak fasi . J Jom, kita lihat adik-adik kita yang comel dan aktif ni.


Para peserta tiba lebih kurang jam 8.30 lebih dan mereka terus mendaftar. Usai mendaftar, terus dijalan sesi bergambar bersama-sama sebelum memulakan aktiviti bersama-sama abang dan kakak fasi.





Para peserta menerima fail daripada kakak dan abang fasi sewaktu mendaftar.

“Adik, jaga fail elok-elok taw”


“Abang, taip nama saya comel-comel macam saya taw, hihi”




Inilah para peserta cilik Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa 2




Para peserta bergambar dengan guru pengiring dan juga fasilitator KeFB.




“Adik-adik, ikut abang dan kakak-kakak di depan ni ya”




“Ketawa sakan dik, apa yang melucukan?” Mesti gaya abang dan kakak kan.



Para peserta berkumpul bahagian luar untuk aktiviti seterusnya.


“Main pijak-pijak surat khabar pun happeningnya, jangan terpijak kaki kawan sudah”




Tadi pijak surat khabar, sekarang kita balut orang guna surat khabar pulak.

“Habis kawan dibalutnya”


Sekarang, kita lihat hasilnya. Jeng, jeng, jeng.


Hasil 1 “Fesyen untuk lelaki”



Hasil 2 “Fesyen peserta perempuan”

Aktiviti seterusnya. “Adik-adik, ikut abang-abang dekat depan ni”



Jom kita lihat, menjadi tak adik-adik kita buat.



Semua khusyuk dengar penerangan. “Tangan pun dah bersiap sedia”


“Ini versi gegurls. Comey jer.”


Sesi refleksi. “Abang Khairul, saya nak cakap apa?”


Para peserta menunggu untuk aktiviti seterusnya.

“Semua muka tak sabar nak main aktiviti seterusnya”


“Okay, jom main susun puzzle gambar”


Akhirnya, puzzle gambar pun siap.


“Dengan bertanya, pengetahuan akan lebih luas”


Pengarah Program KESB Fasa 2, tetamu-tetamu jemputan dan Presiden KeFB di majlis penutupan.


Ucapan perasmian penutupan.


Penyampaian cenderahati kepada wakil pelajar.


Penyampaian cenderahati kepada salah seorang guru pengiring.


Penyampaian cenderahati kepada perasmi.


Last pic of the day. Gonna miss you guys. Belajar rajin-rajin.


Dengan berakhirnya KESB Fasa ke-2 ini, maka selesai sudah program rasmi yang melibatkan pihak-pihak luar. Alhamulillah. Semoga kita berjumpa lagi tahun depan dengan program-program yang lebih mantap dan menyeronokkan. J Salam sayang dari kami semua.

“BERGERAK SERIRING MENYAHUT CABARAN”
ERTI SEBUAH PERSAHABATAN... UKHUWAH FILLAH




Kerap kali kita sering menyebut kata-kata ini di akhir pertemuan dengan SAHABAT-SAHABAT kita...namun..adakah kita betul-betul menghayati ape yang kita perkatakan itu...atau adakah ianya sekadar retorik semata-mata...kata penyedap telinga sahaja..


Kita menyatakan "UKHUWAH FILLAH"...tetapi adakah kita menolong sahabat kita ketika susah...atau adakah kita bersedia menjadi MENJADI PENDENGAR SETIA masalah sahabat kita itu...adakah begitu susah hannya untuk menjadi PENDENGAR SETIA ??walaupun kita tidak berupaya menyelesaikan masalah sahabat kita,namun cukuplah sekadar menjadi pendengar masalah yang baik..



Sahabat kita itu memerlukan SESEORANG untuk meluahkan perasaannya...tetapi akibat terlalu sibuk...kita kerap memberi alasan "Busylah,lainkalilah ye" ataupun "Nanti-nantilah,aku sibuk ni"..tahukah perkataan itu mungkin mengguris hati sahabat kita...pernakah kita terfikir...sahabat kita hannya meminta tidak sampai 10% masa kita dalam 24 jam untuk kita mendengar luahan mereka...



Oleh itu sahabat-sahabat..marilah kita sama-sama menjadi pendengar yang baik...ianya mungkin dapat meredakan masalah sahabat kita itu...Janganlah kita hannya pandai mengungkapkan kata-kata manis sewaktu senang,tetapi di kala susah,kita menjauhkan diri daripada sahabat kita...




Ingatlah,jagalah hubungan kita semua dengan sahabat-sahabat kita...Marilah kita sama-sama menghayati kata-kata indah ini.

            Ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati,
            Tidak dapat ditulis, tidak dapat dibaca,
            Tidak seorang pun tahu,
            Juga,tidak berubah dek masa.
            Sekejap di mata, selamanya di jiwa.



KEM EKSKLUSIF SEKOLAH BITARA “MENGGILAP PERMATA”


Assalammualaikum dan salam sejahtera....


Alhamdulillah. Kem Eksklusif Sekolah Bitara (KESB) fasa 1 telah berjalan dengan lancar. KESB Fasa 1 ini melibatkan 5 buah sekolah dan penyertaan para pelajar sekolah menengah sebagai peserta kem eksklusif ini ialah seramai 37 orang. Penglibatan fasilitator dari KeFB amat memberangsangkan di mana seramai 40 orang fasilitator menyertai kem eksklusif ini.

KESB fasa 1 ini berlangsung di Kem Desa Selesa bermula daripada 1 – 3 Mei 2015. Kem ini tampil dengan mengangkat tema “Menggilap Permata” sebagai “tagline” kem. Semua para peserta berkumpul di UPSI terlebih dahulu sebelum bertolak ke Kem Desa Selesa. Pada hari pertama, para peserta diberikan taklimat oleh Komandan kem dan aktiviti yang dijalankan semestinya “ice breaking” dahulu dan diikuti beberapa aktiviti lain.


Kem Eksklusif Sekolah Bitara Fasa 1 "Menggilap Permata"

Pada 1 Mei 2015 jam 3.00 petang peserta mendaftarkan diri di Bitarasiswa, UPSI. Selepas itu, pengarah program dan presiden kelab memberi taklimat ringkas kepada para peserta sebelum bergerak ke Kem Desa Selesa.


 Sesi pendaftaran peserta dilaksanakan di Bangunan Bitarasiswa



Taklimat ringkas diberikan mengenai perjalanan program



Peserta berjalan menuju tapak kem



Kelihatan ceria peseta menuju ke tapak kem dengan melalui titi gantung



Peserta bertungkus lumus mendirikan khemah mereka

Slot ice breaking dimulakan dengan aktiviti pertama iaitu “Pandang pertama”. Dalam aktiviti ini peserta dan fasilitator membuat satu bulatan besar. Aktiviti ini bertujuan untuk mengurangkan rasa kekok dalam kalangan peserta yang rata-rata tidak mengenali antara satu sama lain. Aktiviti kedua dalam slot ice breaking ialah “Sayalah Paling Popular”. Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk membantu para pelajar mengenali antara satu sama lain.
            . 



Sewaktu sesi ice breaking

Selesai sahaja slot ice breaking, LDK 1 (a) “Siapakah aku” dimulakan yang dijalankan untuk pembahagian kumpulan. LDK 1 (a) telah berjaya dilaksanakan dan para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil. Fasilitator juga turut dibahagikan kepada setiap kumpulan untuk membantu para peserta sepanjang kem ini dijalankan. 


Nyanyian lagu tema program "Gemuruh Jiwa"



Aktiviti senamanrobik peserta dan fasilitator


Peserta diberikan energizer bagi menyuntik semangat

Aktiviti jungle trekking mengambil tempat untuk menguji ketahanan fizikal setiap peserta. Selepas jungle trekking pelajar dibenarkan untuk membersihkan diri dan bersiap sedia menunaikan solat asar. Peserta juga diberikan peluang untuk membuat persiapan persembahan bagi aktiviti malam kebudayaan yang akan dijalankan pada malam hari.

Peserta mengharungi sungai dalam aktiviti "Jungle Tracking"



Halangan daam aktiviti "Jungle Tracking"


Peserta perempuan cekal mengharungi cabaran

Pada sebelah malam peserta iaitu malam terakhir adalah Malam Kebudayaan untuk  menyerlah bakat peserta masing-masing. Peserta dijamu dengan barbeque yang disediakan khas oleh para fasilitator untuk menjamu peserta sempena malam terakhir Kem Eksklusif Fasilitator Bitara. Usai menjamu selera, aktiviti pelepasan tanglung diadakan sebagai simbolik membuang sikap-sikap negatif dalam diri peserta dan sedia untuk berubah kearah yang lebih baik. Peserta kemudiannya dibenarkan untuk masuk tidur pada pukul 12.30 pagi.



Malam Kebudayaan kumpulan "Ulat Buku" dengan persembahan sketsa dan nyanyian


Persediaan BBQ oleh AJK makanan untuk malam terakhir kem


Peserta menikmati makanan yang dimasak sendiri oleh fasilitator pada malam terakhir kem


Aktiviti melepaskan Tang Lung pada malam kebudayaan

Jam telah menunjukkan pukul 4.00 pagi, peserta dikejutkan dengan adanya aktiviti “Night Walk”. Selapas itu, aktiviti senaman pagi diteruskan dan sarapan pagi bersama di hari terakhir kem ini.




Semasa peserta dilepaskan sewaktu aktiviti "Night Walk" dijalankan


Semasa pengakhiran aktiviti "Night Walk" 

Peserta diberikan sarapan pagi, dan kemudiannya LDK terakhir “Terbang Tunduk” dimulakan. Selepas aktiviti LDK terakhir dijalankan, peserta kemudiannya bersiap sedia untuk acara penutupan.  Upacara ini dihadiri oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Methodist dan Penasihat Kelab Fasilitator Bitara UPSI Cik Najidah Yahaya. Selepas upacara penutup dijalankan peserta bergerak ke dewan makan untuk menikmati makanan tengah hari dan kemudiannya diberi masa untuk mengemas tapak perkhemahan. Jam 2.00 petang peserta dibenarkan bersurai.



 Anugerah peserta terbaik dan aktif lelaki diberikan kepada adik Aiman


 Peserta terbaik peremuan diberikan kepada adik Aida



Cenderahati diberikan kepada guru pengiring


Sesi bergambar kenangan antara peserta dan fasilitator serta tetemu jemputan



Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.


 Sekian, terima kasih.

“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”

PROGRAM CITRAWARNA KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Hai semua, sihat ke? Hopefully sihat walafiat ya, Insya Allah, Alhamdulillah.

Pada 17, 18 dan 19 April 2014 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara telah menganjurkan Program Citrawarna Kehidupan yang bertempat di Kampung Petalin Baru Bidor, Perak. Program ini telah dikendalikan oleh Saudari Nurul Hidayat Binti Bakri, Exco Kebajikan dan kKemasyarakatan selaku Pengarah Program Citrawarna Kehidupan.

Program ini bertujuan untuk  membentuk jalinan integrasi sosial antara mahasiswa/i dengan komuniti masyarakat sebagai latihan berterusan dalam perkembangan insaniah seseorang individu tersebut. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang kehidupan masyarakat di desa serta memupuk nilai-nilai murni antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Program ini telah disertai seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli KeFB. 

Peserta bertolak dari UPSI kira-kira jam 3.30 petang dan sampai di Kampung Petalin Baru Bidor, Perak jam 5 petang. 

Peserta dalam perjalanan ke Kampung Petalin Baru, Bidor Perak
JKKK Kampung Petalin Baru, Bidor Perak

Penyerahan peserta kepada keluarga angkat.

Pada 18/4/2015, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan ketika di sana. Aktiviti sebelah pagi ialah senam pagi bersama-sama keluarga angkat,'Treasure Hunt' dan gotong royong sekeliling kampung.
Senam pagi bersama-sama keluarga angkat.

Wakil Pusat Kesihatan sedang menilai hasil pencarian pembiakkan nyamuk aedes 
Hasil pencarian pembiakan nyamuk aedes

Aktiviti sukaneka pada petang itu ialah bola jaring dengan berkain batik, futsal dengan berkain pelekat, dan permainan ‘sayang anak’. Setelah aktiviti sukanneka berakhir peserta kembali ke rumah masing-masing untuk beristrirehat, makan, dan solat.

Bergambar sebelum perlawanan futsal dengan berkain pelekat
Perlawanan bola jaring dengan kain batik antara peserta dengan ibu angkat 

Aktiviti di malam hari pula menunaikan solat maghrib dan solat isyak berjemaah. Selepas solat maghrib peserta dan penduduk kampung berzanji dan berselawat  bersama-sama yang diketuai oleh Encik Mohd Salleh Bin Haji Alang. Seterusnya pengisian tazkirah yang bertajuk Mukmin Islam (aset agama) yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik. Setelah selesai tazkirah peserta dan penduduk kampung solat isyak berjemaah.

Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik



Peserta dan penduduk Kampung Petalin Baru fokus mendengar tazkirah yang
 disampaikan oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik

Setelah selesai solat berjemaah, peserta dan penduduk kampung minum malam dan sesi fotografi bersama-sama keluarga angkat dan gambar tersebut akan diberi sebagai cenderahati kepada keluarga angkat.


Aktiviti seterusnya diteruskan dengan malam kebudayaan yang dikendalikan oleh wakil KeFB. Pada malam kebudayaan kumpulan pertama bertemakan lakonan, kumpulan kedua bertemakan tarian daripada Sabah dan kumpulan ketiga bertemakan teater muzikal. 


Persembahan oleh wakil KeFB
Peserta bersama-sama penduduk kampung

Keesokkan harinya, penduduk kampung dan juga peserta bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak juadah tengahari. Lauk yang dimasak ialah tempoyak ikan patin dan gulai nenas.  


Gotong royong memasak
Peserta menolong membersihkan ikan untuk dimasak 

Seterusnya, Majlis Penutupan Program Citrawarna Kehidupan oleh Penasihat KeFB. 

Penasihat KeFB berucap di Majlis Penutupan Program Citrawarna Kehidupan

Bergambar bersama-sama sebelum pulang ke UPSI 

Alhamdulillah, akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. 

Oh ya, untuk pengetahuan semua, program ini telah muncul di dada akhbar yang bertarikh 1 Jun 2015, Harian Metro, Sisipan Bestari V7, 

Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana, peserta, JKKK Kampung Petalin Baru, Bidor dan penduduk kampung. Terima kasih atas sokongan, semoga berjumpa di lain hari. Bye!
"Bergerak seiring menyahut cabaran" 

1 Jun 2015, Harian Metro




































Guru Sebagai Fasilitator Unggul

Fasilitator adalah seseorang yang membantu sekelompok orang memahami tujuan bersama mereka dan membantu mereka membuat rencana guna mencapai tujuan tersebut tanpa mengambil posisi tertentu dalam diskusi.
Beberapa fasilitator akan mencoba untuk membantu kelompok dalam mencapai konsensus pada setiap perselisihan yang sudah ada sebelumnya atau muncul dalam rapat sehingga memiliki dasar yang kuat untuk tindakan di masa depan.Dalam erti kata lain,Fasilitator adalah pemudahcara.Sebagai guru juga kita seharusnya menerapkan gaya fasilitator dalam cara pengajaran kita bagi memudahkan pelajar memahami apa yang kita sampaikan dengan lebih mudah.
Di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Kelab Fasilitator Bitara atau KeFB berperanan dalam melahirkan bakal guru yang ingin menjadi hebat dalam menguruskan diri dan ahli yang lain.Bidang Fasilitator ini sekaligus memberi pendedahan awal kepada ahli KeFB khususnya bagi menjadi seorang guru yang berwibawa.
Terdapat beberapa sorotan aktiviti KeFB yang banyak melahirkan kesan positif dalam diri pelajar atau bakal guru suatu hari nanti,antaranya ialah:

                                                            Program kebajikan
                                           (Rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim)

                                         Program yang menguji ketahanan Mental Fizikal
                                                         (Train The Trainer)

                                                             Program Amal
                                                ( Tabung Pelarian Rohingya)



Kebanyakkan Program yang dijalankan mendedahkan pelajar dengan masyarakat luar kerana peranan guru pada suatu hari nanti bukan sahaja pada pelajar malahan pada masyarakat dan negara.Semoga Kelab ini menjadi Platform kepada para pelajar untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.

                                 KeFB juga telah diiktiraf dalam beberapa pencapaian peringkat
                              Universiti pada "Malam Anugerah Keterampilan Pelajar 2014"