PROGRAM CITRAWARNA KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Hai semua, sihat ke? Hopefully sihat walafiat ya, Insya Allah, Alhamdulillah.

Pada 17, 18 dan 19 April 2014 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara telah menganjurkan Program Citrawarna Kehidupan yang bertempat di Kampung Petalin Baru Bidor, Perak. Program ini telah dikendalikan oleh Saudari Nurul Hidayat Binti Bakri, Exco Kebajikan dan kKemasyarakatan selaku Pengarah Program Citrawarna Kehidupan.

Program ini bertujuan untuk  membentuk jalinan integrasi sosial antara mahasiswa/i dengan komuniti masyarakat sebagai latihan berterusan dalam perkembangan insaniah seseorang individu tersebut. Selain itu, ia juga memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang kehidupan masyarakat di desa serta memupuk nilai-nilai murni antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Program ini telah disertai seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli KeFB. 

Peserta bertolak dari UPSI kira-kira jam 3.30 petang dan sampai di Kampung Petalin Baru Bidor, Perak jam 5 petang. 

Peserta dalam perjalanan ke Kampung Petalin Baru, Bidor Perak
JKKK Kampung Petalin Baru, Bidor Perak

Penyerahan peserta kepada keluarga angkat.

Pada 18/4/2015, terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan ketika di sana. Aktiviti sebelah pagi ialah senam pagi bersama-sama keluarga angkat,'Treasure Hunt' dan gotong royong sekeliling kampung.
Senam pagi bersama-sama keluarga angkat.

Wakil Pusat Kesihatan sedang menilai hasil pencarian pembiakkan nyamuk aedes 
Hasil pencarian pembiakan nyamuk aedes

Aktiviti sukaneka pada petang itu ialah bola jaring dengan berkain batik, futsal dengan berkain pelekat, dan permainan ‘sayang anak’. Setelah aktiviti sukanneka berakhir peserta kembali ke rumah masing-masing untuk beristrirehat, makan, dan solat.

Bergambar sebelum perlawanan futsal dengan berkain pelekat
Perlawanan bola jaring dengan kain batik antara peserta dengan ibu angkat 

Aktiviti di malam hari pula menunaikan solat maghrib dan solat isyak berjemaah. Selepas solat maghrib peserta dan penduduk kampung berzanji dan berselawat  bersama-sama yang diketuai oleh Encik Mohd Salleh Bin Haji Alang. Seterusnya pengisian tazkirah yang bertajuk Mukmin Islam (aset agama) yang disampaikan oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik. Setelah selesai tazkirah peserta dan penduduk kampung solat isyak berjemaah.

Tazkirah Maghrib oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik



Peserta dan penduduk Kampung Petalin Baru fokus mendengar tazkirah yang
 disampaikan oleh Ustaz Muhaimin Abd Malik

Setelah selesai solat berjemaah, peserta dan penduduk kampung minum malam dan sesi fotografi bersama-sama keluarga angkat dan gambar tersebut akan diberi sebagai cenderahati kepada keluarga angkat.


Aktiviti seterusnya diteruskan dengan malam kebudayaan yang dikendalikan oleh wakil KeFB. Pada malam kebudayaan kumpulan pertama bertemakan lakonan, kumpulan kedua bertemakan tarian daripada Sabah dan kumpulan ketiga bertemakan teater muzikal. 


Persembahan oleh wakil KeFB
Peserta bersama-sama penduduk kampung

Keesokkan harinya, penduduk kampung dan juga peserta bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk dimasak juadah tengahari. Lauk yang dimasak ialah tempoyak ikan patin dan gulai nenas.  


Gotong royong memasak
Peserta menolong membersihkan ikan untuk dimasak 

Seterusnya, Majlis Penutupan Program Citrawarna Kehidupan oleh Penasihat KeFB. 

Penasihat KeFB berucap di Majlis Penutupan Program Citrawarna Kehidupan

Bergambar bersama-sama sebelum pulang ke UPSI 

Alhamdulillah, akhirnya program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. 

Oh ya, untuk pengetahuan semua, program ini telah muncul di dada akhbar yang bertarikh 1 Jun 2015, Harian Metro, Sisipan Bestari V7, 

Sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Pelaksana, peserta, JKKK Kampung Petalin Baru, Bidor dan penduduk kampung. Terima kasih atas sokongan, semoga berjumpa di lain hari. Bye!
"Bergerak seiring menyahut cabaran" 

1 Jun 2015, Harian Metro




































Guru Sebagai Fasilitator Unggul

Fasilitator adalah seseorang yang membantu sekelompok orang memahami tujuan bersama mereka dan membantu mereka membuat rencana guna mencapai tujuan tersebut tanpa mengambil posisi tertentu dalam diskusi.
Beberapa fasilitator akan mencoba untuk membantu kelompok dalam mencapai konsensus pada setiap perselisihan yang sudah ada sebelumnya atau muncul dalam rapat sehingga memiliki dasar yang kuat untuk tindakan di masa depan.Dalam erti kata lain,Fasilitator adalah pemudahcara.Sebagai guru juga kita seharusnya menerapkan gaya fasilitator dalam cara pengajaran kita bagi memudahkan pelajar memahami apa yang kita sampaikan dengan lebih mudah.
Di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Kelab Fasilitator Bitara atau KeFB berperanan dalam melahirkan bakal guru yang ingin menjadi hebat dalam menguruskan diri dan ahli yang lain.Bidang Fasilitator ini sekaligus memberi pendedahan awal kepada ahli KeFB khususnya bagi menjadi seorang guru yang berwibawa.
Terdapat beberapa sorotan aktiviti KeFB yang banyak melahirkan kesan positif dalam diri pelajar atau bakal guru suatu hari nanti,antaranya ialah:

                                                            Program kebajikan
                                           (Rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim)

                                         Program yang menguji ketahanan Mental Fizikal
                                                         (Train The Trainer)

                                                             Program Amal
                                                ( Tabung Pelarian Rohingya)



Kebanyakkan Program yang dijalankan mendedahkan pelajar dengan masyarakat luar kerana peranan guru pada suatu hari nanti bukan sahaja pada pelajar malahan pada masyarakat dan negara.Semoga Kelab ini menjadi Platform kepada para pelajar untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.

                                 KeFB juga telah diiktiraf dalam beberapa pencapaian peringkat
                              Universiti pada "Malam Anugerah Keterampilan Pelajar 2014"

SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat petang semua J


Minggu bersama dengan sahabat karib Mr.A right? Luangkan masa bersama kami sebentar yea. Okay ! as student la kan, kita mesti jumpa dengan pelbagai ragam orang disekeliling kita iaitu ‘KAWAN’ juga dikenali sebagai ‘SAHABAT’.

Pada anda? Apa itu sahabat ? mungkin kita sering ungkap tanpa mengetahui apa maknanya kan? Dalam kehidupan kita, title ‘KAWAN’ itu mudah dijumpai tapiii?? Title yang sangat berharga adalah ‘SAHABAT’.


Apa beza ‘KAWAN’ dan ‘SAHABAT’?


‘KAWAN’ itu sentiasa ada bilamana saat waktu kita hanya senang. Dia juga hanya ada bilamana dia akan cari kamu saat kamu senang sahaja. Berbeza dengan ‘SAHABAT’. ‘SAHABAT’ ialah seseorang yang mampu susah dan senang bersama kita. Dia juga sanggup bekorban apa sahaja demi kita.  Mampu ada dengan kita dalam pelbagai keadaan.
Jadi kalian semua,dalam menjaga sesuatu perhubungan, kita perlu terapkan nilai-nilai murni ;)

·         Bertolah ansur
·         Menghormati
·         Jangan lukai/guris hati sahabat
·         Tegur bilamana salah dalam melakukan sesuatu
·         Makan bersama


Kita lihat, kata Imam Ghazali :

‘’ Manisnya sesebuah PERSAHABATAN buka terletak pada pertemuan, ia terletak pada INGATAN kepada sahabat dalam DOANYA ‘’

Molek kiranya kita perbaiki kelemahan diri kita, barulah kita dapat menjaga hubungan kta dengan SAHABAT. Allah akan pelihara hubungan itu until JANNAH.
Bilamana kita BERJAUHAN dengan family, SAHABAT merupakan orang yang menjadi supporter untuk kita meneruskan hidup kita di sini. Justeru,pelbagai caraboleh kita lakukan untuk mengeratkah UKHWAH antara kita.

Antaranya :

Bermusyawarah bersama J



Makan bersama berpisah tiada J




Seusai berjaulah bersama J



Musafir bersama dalam mengenali sahabat J



Menjadi tulang belakang kepada sahabat J


Jadi sahabat, kita janganlah kita menyakiti sahabat kita. Elok kiranya kita mendoakan mereka. Untuk menjadi diri kita seorang yang baik, moleknya mencari SAHABAT yang ssentiasa mengingatkan kita tentang Allah. Itulah semanis-manis SAHABAT


Wallahu’alam.





Salam ceria semua !!!

Tanggal 22 Mac 2015, buat kali keempat KeFB menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol IV dan dikelolakan oleh Ainaa merangkap Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa.


Pengisian bengkel ini adalah terbahagi kepada tiga slot iaitu Pengurusan Majlis, Protokol Meja Makan dan Urusan Surat menyurat, Kertas Kerja serta Laporan program.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Shaharuddin bin Othman dan Cik Siti Suhaila Ibrahim selaku penceramah, para peserta serta jawatankuasa pelaksana.


Sesi pendaftaran peserta
 Slot Pengurusan Majlis yang disampaikan oleh
En Shaharuddin bin Othman

Pra peserta yang khusyuk mendengar penerangan oleh penceramah
BEST kata mereka !!!

 Amali Protokol Meja Makan 

Peserta dibahagi kepada tiga kumpulan sesi amali ini

 Urusan Surat menyurat, Kertas Kerja serta Laporan program yang dikongsikan oleh Saudari Siti Suhaila

 Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan

Gambar kenangan bersama tetamu jemputan bersama para peserta.


Moga ilmu yang dipelajari dalam bengkel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk masa akan datang.

"Bergerak seiring menyahut cabaran"