SAHABAT

Assalamualaikum dan selamat petang semua J


Minggu bersama dengan sahabat karib Mr.A right? Luangkan masa bersama kami sebentar yea. Okay ! as student la kan, kita mesti jumpa dengan pelbagai ragam orang disekeliling kita iaitu ‘KAWAN’ juga dikenali sebagai ‘SAHABAT’.

Pada anda? Apa itu sahabat ? mungkin kita sering ungkap tanpa mengetahui apa maknanya kan? Dalam kehidupan kita, title ‘KAWAN’ itu mudah dijumpai tapiii?? Title yang sangat berharga adalah ‘SAHABAT’.


Apa beza ‘KAWAN’ dan ‘SAHABAT’?


‘KAWAN’ itu sentiasa ada bilamana saat waktu kita hanya senang. Dia juga hanya ada bilamana dia akan cari kamu saat kamu senang sahaja. Berbeza dengan ‘SAHABAT’. ‘SAHABAT’ ialah seseorang yang mampu susah dan senang bersama kita. Dia juga sanggup bekorban apa sahaja demi kita.  Mampu ada dengan kita dalam pelbagai keadaan.
Jadi kalian semua,dalam menjaga sesuatu perhubungan, kita perlu terapkan nilai-nilai murni ;)

·         Bertolah ansur
·         Menghormati
·         Jangan lukai/guris hati sahabat
·         Tegur bilamana salah dalam melakukan sesuatu
·         Makan bersama


Kita lihat, kata Imam Ghazali :

‘’ Manisnya sesebuah PERSAHABATAN buka terletak pada pertemuan, ia terletak pada INGATAN kepada sahabat dalam DOANYA ‘’

Molek kiranya kita perbaiki kelemahan diri kita, barulah kita dapat menjaga hubungan kta dengan SAHABAT. Allah akan pelihara hubungan itu until JANNAH.
Bilamana kita BERJAUHAN dengan family, SAHABAT merupakan orang yang menjadi supporter untuk kita meneruskan hidup kita di sini. Justeru,pelbagai caraboleh kita lakukan untuk mengeratkah UKHWAH antara kita.

Antaranya :

Bermusyawarah bersama J



Makan bersama berpisah tiada J




Seusai berjaulah bersama J



Musafir bersama dalam mengenali sahabat J



Menjadi tulang belakang kepada sahabat J


Jadi sahabat, kita janganlah kita menyakiti sahabat kita. Elok kiranya kita mendoakan mereka. Untuk menjadi diri kita seorang yang baik, moleknya mencari SAHABAT yang ssentiasa mengingatkan kita tentang Allah. Itulah semanis-manis SAHABAT


Wallahu’alam.





Salam ceria semua !!!

Tanggal 22 Mac 2015, buat kali keempat KeFB menganjurkan Bengkel Pengurusan Organisasi dan Protokol IV dan dikelolakan oleh Ainaa merangkap Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa.


Pengisian bengkel ini adalah terbahagi kepada tiga slot iaitu Pengurusan Majlis, Protokol Meja Makan dan Urusan Surat menyurat, Kertas Kerja serta Laporan program.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Shaharuddin bin Othman dan Cik Siti Suhaila Ibrahim selaku penceramah, para peserta serta jawatankuasa pelaksana.


Sesi pendaftaran peserta
 Slot Pengurusan Majlis yang disampaikan oleh
En Shaharuddin bin Othman

Pra peserta yang khusyuk mendengar penerangan oleh penceramah
BEST kata mereka !!!

 Amali Protokol Meja Makan 

Peserta dibahagi kepada tiga kumpulan sesi amali ini

 Urusan Surat menyurat, Kertas Kerja serta Laporan program yang dikongsikan oleh Saudari Siti Suhaila

 Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan

Gambar kenangan bersama tetamu jemputan bersama para peserta.


Moga ilmu yang dipelajari dalam bengkel ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk masa akan datang.

"Bergerak seiring menyahut cabaran" 

TRAIN THE TRAINERS


TRAIN THE TRAINERS
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
     Sedar tidak sedar sekarang kita telah berada pada bulan Mei begitu pantas sekali masa yang berlalu. Alhamdulillah, pada tarikh 15 Mac 2015 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan program “Train The Trainers(3T)” yang telah dikendalikan oleh Timbalan Presiden iaitu Muhammad Iqbal bin Jaafar sebagai Pengarah program 3T.

Program ini dijalankan di Gua Tempurung, Gopeng Perak. “Train The Trainers” ini dilaksanakan bertujuan melatih fasilitator agar berani menghadapi cabaran dan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Di samping itu, 3T ini juga bertujuan mengeratkan ukhwah antara Majlis Tertinggi(MT), Exco dan Rexco KeFB.


Setibanya kami di kawasan Gua Tempurung, Gopeng Perak, aktiviti pertama sebelum setiap orang memulakan ekplorasi di dalam Gua Tempurung ialah senaman ringan bagi merengangkan otot-otot badan seterusnya membahagikan setiap ahli kepada kumpulan masing-masing.

Senaman ringan beramai-ramai


 
Peserta fokus mendengar taklimat sebelum masuk gua
 
Pintu masuk Gua Tempurung

Pemandangan dan keadaan di dalam Gua Tempurung





Cerun curam setinggi 9 meter
Peserta melalui lubang kecil


Melalui halangan di dalam gua 
 
Berehat di hujung gua 



Program berakhir kembali di pintu masuk gua 

Pemimpin yang berkebolehan hendaklah mempunyai keyakinan dan kesungguhan dalam diri dan mampu untuk diteladani oleh setiap orang. Sesungguhnya aktiviti eksplorasi Gua Tempurung ini sememangnya amat menguji warga Kelab Fasilitator Bitara khususnya, daripada sudut ketahanan mental dan fizikal.

Oleh hal yang demikian, setiap cabaran dan rintangan yang hadir kita hendaklah sentiasa tenang dan bijak untuk mengatasinya. Sesungguhnya untuk melahirkan individu yang berkebolehan kita hendaklah seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual.

“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”



BUDAYA KERJA CEMERLANG LAMBANG KEPERIBADIAN SESEBUAH ORGANISASI

Program Bengkel Budaya Kerja Cemerlang untuk MT, EXCO dan REXCO pada 28 Februari 2015, sabtu bertempat di Bilik Mesyuarat FSK telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel Budaya Kerja Cemerlang ini diadakan untuk mendedahkan kepada peserta dalam bidang kesetiausahaan seperti surat-menyurat, penyediaan kertas kerja dan laporan, serta cara menulis email dengan betul.

                                                          Sesi pendaftaran peserta

Program ini sedikit sebanyak memberi pendedahan sebenar tetang penyediaan kertas kerja yang mengikut serta surat-menyurat mengikut format yang sebenar dalam bidang pengurusan kelab dan organisasi.Peserta sekaligus mempraktikkan apa yang diajar dalam bengkel tersebut agar dapat memberi lebih kefahaman.
                                                 Peserta diberi pendedahan secara teori
                                             Daripada teori peserta mengaplikasikannya.

                                            Peserta bergambar bersama AJK Pelaksana

Diharapkan peserta mendapat sesuatu yang berguna melalui bengkel ini dan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah dikongsikan dimasa akan datang. Selamat maju jaya.

                                             "Bergerak seiring Menyahut Cabaran"




WELCOMING PROGRAM


Salam Ceria & Senyum :) :) 
Tiada lama, tiada baru begitulah  tradisi yang telah kami amalkan dari dulu lagi. Pada 25 Februari 2015 yang lalu, sekali lagi kami mengorak langkah positif dengan mengadakan Welcoming Program anjuran Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah. Tujuan program ini ialah untuk merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli KeFB daripada pelbagai semester bak kata orang tua-tua, tempat yang jauh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. 


Pelbagai aktiviti yang menarik telah disediakan buat semua ahli KeFB yang hadir. Welcoming Program ini turut diserikan dengan kehadiran Cik Najidah Binti Yahaya iaitu penasihat KeFB yang komited dalam memimpin anak-anak buahnya selama ini.
Pendaftaran peserta.... :) :) 
Yang kecil jangan disangka anak, yang besar jangan disangka bapa 
Amanat daripada penasihat, Cik Najidah Yahaya
Siti Suhaila & rakan-rakannya pendengar yang baik
Bagi memeriahkan lagi Welcoming Program, pelbagai aktiviti & energizer telah dilakukan. Riak wajah kegembiraan mereka jelas terpancar melalui gambar-gambar di bawah. Biarlah gambar berbicara, walaupun gambar tidak dapat berkata-kata........ 
Tiru macam saya.. 
Manisnya senyumanmu.....
Peace.... best friend fuyOOOOOO..

Dalam suka dan tawa, ada juga kejutan buat insan-insan yang terpilih. Indahnya lahir bulan Januari & Februari, dalam diam ada juga yang sayang yee..
 




Happy Belated Birthday!!! May the lucky star with us and hoping all the happiness comes in our way. Thank you so much for the yummmy... cake.....
Setiap kenangan yang terukir, semestinya mempunyai nilai nostalgianya yang tersendiri.
Setiap persahabatan yang terbina semestinya menjadikan hari-hari kita menjadi lebih bahagia. Kudrat dan tenaga yang kita sumbangkan sudah semestinya menjadi satu titik tolak kepada diri untuk terus berorganisasi dan melakukan yang terbaik
walaupun kita sedar, bintang di langit sebenarnya terlalu tinggi untuk dicapai. 

" Bergerak Seiring Menyahut Cabaran "