Program Jewel From Borneo

Assalamualaikum w.b.t. 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat kita menikmati kehidupan di dunia ini lagi. Dengan kesempatan yang tersisa ini, diharapkan kita semua dapat memanfaatkan ia dengan sebaik mungkin. Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini pada 11-16 April 2015 kami telah menerima kunjungan balas daripada pihak Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Malaysia Sarawak. Program ini diberi nama 'Jewel From Borneo'. Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang kami semua perolehi. Yang paling penting, ini adalah satu pengalaman terindah buat kedua-dua kelab dalam membina hubungan yang lebih rapat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ice breaking, senaman pagi, perkongsian antara kelab, pelbagai variasi slot LDK, jelajah kampus (Explorace), berkampung di Perkampungan Orang Asli Pecah Batu dan banyak lagi aktiviti menarik. Tempoh 6 hari bersama mereka seakan sekejap sahaja.

Walaupun kini kami terpisah oleh Laut China Selatan, tetapi ukhuwwah ini masih sentiasa mekar dan diingati. Kami daripada warga KeFB UPSI mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga PRS UNIMAS. 

PRS UNIMAS bersama KeFB UPSI

Cantikkan poster Jewel From Borneo :D

Alhamdulillah, pengalaman bersama dengan mereka adalah sesuatu yang sangat indah. Kami doakan semoga ukhuwwah ini akan kekal selamanya. We love u all so much. May Allah bless u all. We are buddy forever. Muahhhhh.


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera J

Sekarang Majlis Tertinggi dan Exco-exco KeFB sidang 2014/2015 telah memasuki semester ke-2 sesi 2014/2015. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Majlis Tertinggi dan Exco-exco, kerana berjaya menjalankan program yang direncanakan pada semester 1 sesi 2014/2015 dengan jayanya.

Jika masih tertanya, apakah program-program yang telah dijalankan, apa kata kita “selongkar” blog ini dengan lebih mendalam. J

KeFB pada sidang 2014/2014 tampil dengan pucuk pimpinan baru yang bakal meneruskan kelangsungan kelab ini sebagai sebuah kelab yang “bitara” ataupun esklusif. Barisan Majlis Tertinggi dan Exco-exco yang telah dilantik terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi yang unggul dan berketerampilan.

Jom! Apa kata kita berkenal kenalan dengan Barisan Kepimpinan Kelab Fasilitator Bitara sidang 2014/2015. J

Penasihat
Cik Najidah Binti Yahaya
Pegawai Psikologi
Pusat Tranformasi Pelajar dan Komuniti, UPSI

Presiden
Saudara Mc Lly Adrian Bin Simon
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Semester 6
“Excellence begin with me”
  
Timbalan Presiden
Muhammad Iqbal Bin Jaafar
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Semester 4
“Redha Allah. Berani dan bijak dalam segala aspek kehidupan”
  
Setiausaha
Siti Suhaila Binti Ibrahim
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Semester 4
“Cuba jadi pemerhati diri sendiri bukan pemerhati orang lain”

Naib Setiausaha
Nur Atiqah Binti Abdul Wahab Shaari
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Semester 6
“Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow”

Bendahari
Nur Farihah Binti Dzulkifli
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) dengan Kepujian
Semester 6
“Semoga hari ini lebih baik daripada semalam”

Naib Bendahari
Nur Syifaa Binti Che Jamil
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) dengan Kepujian
Semester 6
“Jadikan peluang sebagai emas”

Exco Akademik
Ana Syahida Binti Teridi
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi Rumah Tangga) dengan Kepujian
Semester 4
“Capai kejayaan biar ke bintang”

Nurain Zakiah Binti Mohd Hamsani
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Arab) dengan Kepujian
Semester 4
“Ketahuilah, yang dikatakan kebaikan itu adalah dengan bertambahnya ilmu pengetahuan”

Exco Tugas-tugas Khas
Sharifah Nurhanim Binti Syed Jaafar Putra
Ijazah Sarjana Muda Penngajian Malaysia dengan Pendidikan
Semester 6
“Beranilah untuk ke hadapan, kerna ia akan membawa peubahan dalam dirimu.
Remember Allah s.w.t always”

Muhammad Fakhruddin Bin Daut
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan Kepujian
Semester 4
“Bersederhana dalam banyak perkara”

Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah
Muhammad Hafiz Bin Jalil
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Semester 4
“Untuk berjaya sentiasalah berpesan kepada kebaikan”

Nur Zuhaili Binti Rozali
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(Pend. Islam) dengan Kepujian
Semester 4
“Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubahnya”

Exco Penerbitan, Dokumentasi dan Informasi
Fong Hai Feng
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Moral) dengan Kepujian
Semester 6
“Life never get easier, you just get stronger”

Muhd Khalifah Sani Bin Abd Latif
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Semester 4
“Life takes whatever it is, I am whatever it takes”

Nur Aishah Binti Jenol
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Keusahawanan dan Perdagangan) dengan Kepujian
Semester 4
“Dream it, wish it, do it”

Exco Latihan Dalam Kumpulan
Norhayati Binti Sanusi
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Semester 6
“Zikrullah dan berjuanglah kerana Allah”

Agatha Anak Oliver Local
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan Kaunseling) dengan Kepujian
Semester 6
“Be congruen & see with your heart”

Muhammad Faezsyam Bin Suhaini
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusateraan Melayu) dengan Kepujian
Semester 4
“Pandanglah orang lain seperti kamu memandang cermin”

Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa
Siti Hajar Binti Hazari
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Semester 6
“Kegagalan hanya terjadi bila kita menyerah”

Ainatul Mardhiah Binti Haji Amironzi
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) dengan Kepujian
Semester 4
“Senyum selalu”

Exco Kebajikan & Kemasyarakatan
Sofiah Binti Mohd
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian
Semester 6
“Obey Allah first, success will be next”

Nurul Hidayat Binti Bakri
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pend. Moral) dengan Kepujian
Semester 4
“Selagi mampu, teruskan”



"BERGERAK SEIRING MENYAHUT CABARAN"

   Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. JJJ

Bagaimana hari anda? Baik atau sebaliknya. Diharapkan baik-baik sahaja. Pejam celik pejam celik kita sudah berada di akhir semester dan akan menempuh peperiksaan yang akan tiba. Dengan kesibukan kita untuk mengulang kaji pelajaran kita jangan lupa dengan pencipta kita kerana Ia sebaik-baik perancangan. Jangan kita lupa untuk memohon pertunjuk kepadaNya supaya dipermudahkan kita untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Pada 25 Disember 2014 Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin di bawah Exco LPS bertempat di Bilik Seminar Md Yusuf, Bitarasiswa.  Selesai solat hajat dan bacaan hajat kami mengadakan satu LDK bersama-sama peserta.

Program ini adalah salah satu persediaan saat akhir sempena peperiksaan buat  semua. Usaha, doa, dan tawakal, in shaa Allah moga kejayaan milik kita. Jadi pesanan ikhlas daripada kelab fasilitator bitara ialah jaga kesihatan, jaga hubungan kita dengan pencipta. STUDY SMART, jangan tension-tension. Get yourself 100 percent ready to take exam. Lagi satu, sementara boleh , banyak-banyaklah kita buat baik dengan kawan-kawan, pensyarah, makcik dan pakcik cleaner serta makhluk lain seperti kucing dan sebagainya. Orang kata biar tangan kanan buat baik, sampai tangan kiri tidak tahu. Maksudnya, kita buat baik biar orang tidak tahu. Rasa ikhlas jew. Dan lepas buat baik tu, banyak-banyak doa menerusi kebaikan yang kita buat tu. 

Bergerak Seiring Menyahut Cabaran..



Semasa Solat Hajat



Semasa Bacaan Yassin



Sesi Tazkirah
Bersemangat saudara kita memberikan tazkirah



Khusyuk betul peserta kita mendengar tazkirah.



Peserta Bersalam-Salaman Selepas Selesai Solat Hajat



Semasa LDK dijalankan
Ha tulis jangan tak tulis



Wah gembiranya saudari yang bertudung merah



Semasa "ice breaking" dijalankan
Ok semua angkat tangan...(yang sebelah tu 'bodyguard' kew)




Ha picit jangan tak picit.



Perkongsian daripada peserta 



Cik Najidah memberi ucapan dan nasihat kepada peserta



Sesi bergambar bersama peserta



Keratan Akhbar: Program-program KeFB 
Semester 1 Sesi 2014/2015


Program Lestari Alam
BH Varsiti: 23 Oktober 2014


Program Lestari Alam
Komuniti Kosmi: 22 Oktober 2014


Program "Message From Heart"
Harian Metro (Bestari): 19 Januari 2015


Program "Message From Heart"
Kosmo: 8 Januari 2015


Kisah Duit Syiling dan Batu


 TINGG! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

 TINGG! Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

 Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.

 Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu. Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.

 Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

 P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

(Dipetik daripada cerita kisah dan tauladan)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.   Apa khabar pembaca sekalian? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Pada 4 Disember 2014(Rabu), telah berlangsung Program Community Enggagement. Sekali lagi Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Seperti mana Program Myharapan, program ini lebih kurang sama sepertinya. Hanya yang membezakan, Program Community Enggagement ini melibatkan penaja dari Pusat Transformasi Pelajar. Pada hari kejadian, 4 Disember, pelajar dan pensyarah yang terlibat diberikan taklimat  mengenai program yang akan dibaiyai. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pusat Transformasi Pelajar iaitu Prof.Shahandri. Taklimat selama dua jam berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.





MENJADI KISMIS SEBELUM ANGGUR




Sering kali kita melihat diri kita begitu besar dan matang, padahal kenyataannya masih begitu kecil dan mentah. Sebuah kesempurnaan dan kematangan tidak pernah datang begitu sahaja. Ia merupakan hasil daripada suatu proses. Proses ini terdiri daripada beberapa tahap. Antara satu tahap ke tahap yang lain biasanya memerlukan masa yang cukup panjang.


Hukum ini berlaku untuk semua makhluk hidup. Seekor ulat menghabiskan masa berhari-hari di dalam kepompong sebelum menjadi rama-rama yang cantik. Setitis air mani menghabiskan masa berbulan-bulan di dalam rahim sebelum menjadi bayi yang comel. Bahkan sebiji anggur yang sebelumnya mentah, lalu masak, kemudian kering dan menjadi kismis. Sesiapa yang tidak sabar menjalani semua proses ini, maka proses kesempurnaan ia akan terbantut. Lalu ia tidak akan sempurna untuk selama-lamanya.



Melatih diri


Hukum kesempurnaan ini juga berlaku untuk semua disiplin ilmu atau kerjaya yang kita pilih. Seorang doktor pakar memerlukan masa yang panjang sebelum menjadi spesialis dalam bidang perubatan. Begitu juga seorang jurutera, penulis, pelakon apatah lagi ulama Islam yang menjadi rujukan umat. Mencapai darjat “ pakar” dalam sesuatu bidang menuntut kesabaran dan ketekunan.
Setiap beginner (orang yang baru mula belajar) mesti selalu melatih diri dengan tekun sehingga tertanam dalam jiwanya kerangka pemikiran dan analisis seorang pakar dalam bidanganya. Setakat membaca teori-teori keilmuan tanpa banyak berlatih tidak akan membentuk sifat-sifat itu dalam diri.

Seorang pemikir masa ini, Howard Gardner berkata dalam 5 Minds for The Future: “ Disiplin formal saya ialah psikologi. Dan diperlukan masa satu dekad agar saya dapat berfikir seperti seorang pakar psikologi.”

Apa pun bidang ilmunya, coraknya tetap sama, iaitu diperlukan latihan dan ketekunan yang berpanjangan untuk tiba ke tingkat kepakaran yang sempurna.






Bagai Pokok Yang Tidak Ditanam

 Benarlah, jalan menuju kepakaran sangat panjang. Sesiapa yang menjalaninya dengan sabar, suatu hari akan tampil sebagai seorang pakar yang disegani. Dan pendapatnya dalam disiplin itu diakui sebagai pandangan yang berwibawa. Sebaliknya, sesiapa yang tidak sabra menjalaninya, lalu mendakwa menjadi pakar sebelum masanya, maka ia telah kering sebelum matang, menjadi kismis sebelum menjadi anggur. Oleh sebab itu, ucapan dan pendapatnya tidak mengandungi nilai ilmiah sama sekali.

Seperti bicara Syeikh Ibn ‘Ataillah al-Sakandari dalam al-Hikam : “ Tanamlah dirimu di tanah kehinaan (khumul).  Sebatang pokok yang tidak ditanam dengan sempurna, tidak akan menghasilkan buah yang sempurna.”