KEEP IT UP WORKSHOP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apa khabar ahli-ahli KeFB sekalian?
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera kehendaknya...

“Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat”.

Kelab Fasilitator Bitara telah mengadakan program “Keep It Up Workshop”  pada 12 Oktober 2014, bertempat di Bilik Latihan Haji Md Yusuf, Bitarasiswa. Program ini bertujuan memperkenalkan kepada peserta apa itu fasilitator, pecah ais (ice breaking), energizer, serta diselitkan juga mengenai program-program yang telah  dijalankan dan program-program akan datang oleh Kelab Fasilitator Bitara.

Sesi ice breaking yang dimulakan dengan energizer. Aktiviti pertama diberi nama “Evolusi Diri”, aktiviti ini menerangkan gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, peluang kedua tetap ada. Aktiviti seterusnya ialah “Kenali Daku” , aktiviti ini peserta perlu memperkenalkan diri masing-masing dengan menggunakan bahasa isyarat dan Bahasa Melayu baku.





Sesi Ice-Breaking “Evolusi Diri”, beberapa peserta menunjukkan cara aktiviti perlu dilakukan kepada semua peserta



Sesi Ice-Breaking “Kenali Diri”, peserta memperkenlan diri menggunakan bahasa isyarat


Slot  kedua ini dikendalikan oleh presiden kelab iaitu saudara Mc Lly Adrian bin Simon. Beliau memperkenalkan latar belakang Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) UPSI. Kemudian beliau menayangkan montaj Majlis Tertinggi dan Exco Kelab dan penasihat kelab iaitu Cik Najidah Binti Yahaya. Montaj aktiviti sidang lepas dan takwim kelab sidang ini juga turut dipaparkan supaya dapat menarik minat ahli dan bukan ahli untuk menyertai semua program yang KeFB anjurkan. Antara program yang telah dijalankan dan akan dilaksanakan bagi sidang ini ialah:-    

1.   Kem Pemantapan Organisasi
2.      Program Lestari Alam
3.   Program “Keep It Up Workshop”
4.   Super Dupper Training
5.   SEKAWAH IV
6.   Fasi Bijak IT (FASBIT)
7.   Message From Heart
8.   Nur: Lilin Seorang Guru
9.   Puzzle Of Knowledge
10. Bengkel Protokol dan Pengurusan Organisasi
11. Ukhuwwah Ini KeranaMu Ya Rabb
12. Kem Eksklusif Sekolah Bitara


Sesi perkenalan MT dan Exco KeFB kepada peserta


Selain itu, terdapat perkongsian ilmu berkaitan dengan asas fasilitator dan ujian personaliti diri serta pengalaman sebagai anggota sukarelawan Global Peace Mission (GPM) Malaysia ke Kampung Wamy, Kemboja daripada penasihat kelab iaitu Cik Najidah Binti Yahaya.


Slot bersama penasihat KeFB berkongsi pengalaman ke Kemboja




Slot Mengenali Personaliti Diri bersama Cik Najidah Binti Yahaya


Slot seterusnya ialah  Sukarelawan Siswa (YSS) oleh saudara Mc Lly Adrian Bin Simon. Beliau juga turut berkongsi pengalaman menjadi sukarelawan semasa pergi ke Vietnam, Kemboja dan Bintulu di Sarawak. Tambahnya lagi, cara hidup dan komunikasi masyarakat di sana sangat berbeza dengan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga turut membawa seorang lagi rakan seperjuangan yang turut sama terlibat dalam misi tersebut untuk sama-sama berkongsi pengalaman yang mereka telah perolehi.




Slot Sukarelawan Siswa bersama saudara Mc Lly Adrian Bin Simon





Sesi bergambar bersama Penasihat KeFB, Cik Najidah Binti Yahaya bersama peserta


"Hanya mereka yang berhati waja, cekal dan tabah akan dapat mengharungi segala dugaan dengan sempurna”

Sekian, terima kasih.



“Bergerak Seiring Menyahut Cabaran”

Supper Dupper Training (SDT) Eksklusif

“Jika kita hendak menunggu ilmu yang mencukupi, bilakah agaknya ilmu kita akan cukup?”  Jadi, kita haruslah memperbaiki diri terlebih dahulu untuk membantu dan memperbaiki diri orang lain.” Slogan ini amat bertepatan dengan seorang fasilitator yang baik. Istilah ini bermakna, perubahan diri sendiri secara peribadi dan juga perubahan orang lain atas usaha kita untuk memberikan nasihat dan teguran. Inilah yang bertepatan dengan motto KeFB itu sendiri iaitu "Bergerak Seiring Menyahut Cabaran".


Oleh itu, Kelab Fasilitator Bitara(KeFB) UPSI telah mengambil inisiatif  bagi membantu ahli-ahli kelab untuk menjadi seorang fasilitator atau pemudah cara yang baik  dalam sesuatu program dan seumpamanya dengan mengadakan program Supper Dupper Training (SDT). Program ini diketuai oleh saudara Muhammad Faezsyam Bin Suhaini   dan program ini juga bersifat berkala. Sesi yang pertama telah berlangsung dengan jayanya bersama dengan Penasihat Kelab Fasilitator ini sendiri iatu Cik Najidah bt Yahaya pada 14 Oktober 2014 yang lalu. Kemudian sesi latihan seterusnya akan diadakan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Berikut merupakan gambar-gambar semasa program sedang dijalankan:


 Sesi senamrobik bersama dengan AJK Pelaksana yang dikendalikan oleh saudari Nur Syifa.
Penerangan ringkas oleh Pengarah Program sebelum bermulanya aktiviti bersama peserta.

Saudari Ana Syahida merupakan peserta yang bertuah bagi mengendalikan slot ice-breaking.

Refleksi akhir bersama dengan Cik Najidah.

Kesimpulannya, pastikan hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)

PROGRAM LESTARI ALAM


"Kecemerlangan akademik lahir daripada otak yang cerdas dan tubuh badan yang sihat".  Oleh yang demikian, Bukit Broga, Semenyih, Selangor telah dipilih oleh saudari Ana Syahida binti Teridi selaku Exco Akademik, KeFB  untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang aktiviti yang bersifat sukarelawan dan pendakian. Di samping mendaki, ahli-ahli kelab secara suka rela perlu mengutip sampah-sarap di sekeliling kawasan pendakian bagi menjaga alam sekitar. Sebagai seorang fasilitator yang unggul juga, sikap tolong-menolong antara satu sama lain perlu diterapkan dan ahli-ahli kelab perlu bijak menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. 

 Peserta tiba di perkarangan parkir Bukit Broga


Bersenam dahulu bagi mengelakkan sebarang kekejangan

          Tepat jam 2.00 pagi, para peserta memulakan perjalanan.Perjalanan peserta yang lancar sebelumnya ,namun terhenti seketika kerana laluan yang gelap menyukarkan ketua untuk mengenal pasti jalan yang dilalui. Pendakian yang jauh dan ada sesetengah tempat yang curam menyebabkan para peserta terpaksa berehat beberapa kali. Akhirnya, pada jam 3.20 pagi, para peserta sampai ke puncak yang pertama.

             Setibanya di puncak, para peserta berehat sebentar sebelum meneruskan dengan sesi refleksi. Dalam slot ini para peserta dipilih secara rawak untuk memberikan refleksi masing-masing. Secara kesimpulan, setiap peserta menyatakan bahawa aktiviti ini dapat memupuk semangat setia kawan, kerjasama, mengeratkan ukhuwah dan menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang.
Sesi refleksi dijalankan di puncak yang pertama
     Setelah hampir setengah jam berehat, para peserta meneruskan pendakian ke puncak yang kedua. Di puncak yang kedua, para peserta melepaskan penat masing-masing dan berehat. Pada jam 5.30 pagi semua peserta membuat persiapan untuk solat subuh secara berjemaah. Selepas solat, Slot seterusnya, pengisian mengenai sifat cinta kepada alam sekitar dan kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan oleh tuhan disampaikan oleh saudara Muhammad Hafiz dalam kuliah subuh.
Para peserta menunaikan solat subuh berjemaah 

     Di puncak Broga, suara-suara dari para pendaki lain memecahkan kesunyian. Dalam masa beberapa minit sahaja, puncak tersebut dipenuhi oleh para pendaki. Selesai solat, para peserta mengemas barang masing-masing. Sesi bergambar diambil sebagai kenangan. Lebih kurang jam 7.15 pagi, reaksi para peserta teruja apabila melihat matahari terbit. Pada jam 7.30 pagi, para peserta meneruskan pendakian semula. Para peserta dilihat lebih bersemangat untuk meneruskan perjalanan mungkin disebabkan selepas berehat dan masih teruja melihat keadaan sekeliling yang diselaputi dengan kabus yang tebal. 
Bergambar kenangan sebelum menunggu matahari terbit

Para peserta meneruskan pendakian untuk ke puncak yang seterusnya


          Setelah hanya beberapa minit, para peserta tiba di kaki bukit puncak yang pertama. Melihat kepada ketinggian dan kesukaran laluan untuk ke puncak yang pertama, terdapat beberapa peserta yang tidak meneruskan perjalanan dan hanya berehat di kaki bukit puncak tersebut. Namun, sebilangan yang lain tetap meneruskan perjalanan ke puncak yang pertama. Di sana, misi pertama iaitu  aktiviti mengutip sampah dilakukan. Setiap peserta bergotong-royong mengutip sampah-sarap yang bersepah. Sesi bergambar juga tidak dilepaskan oleh setiap peserta. 

 Sebahagian daripada peserta yang sampai ke puncak Bukit Broga

Para peserta bergambar bersama bungkusan sampah sarap yang telah mereka kutip 

           Jam 8.30 pagi, para peserta bertolak turun ke bawah sambil mengutip sampah. Setibanya di puncak yang pertama, para peserta berjumpa dengan penasihat KeFB Cik Najidah Binti Yahaya. Slot diteruskan dengan sesi refleksi bersama penasihat. Setelah itu, para peserta meneruskan perjalanan untuk turun ke bawah. Walaupun terdapat beberapa peserta yang  mengalami kecederaan seperti kekejangan otot, pening dan sebagainya, akhirnya, pada jam 10.00 pagi para peserta tiba di bawah dengan selamat.
 Sebahagian daripada para peserta bergambar ketika hendak menuruni bukit

Sesi bergambar bersama Penasihat KeFB, Cik Najidah Binti Yahaya 
di puncak pertama Bukit Broga

Walaupun keletihan, namun pengalaman yang ada membuatkan setiap peserta lebih cekal dan ukhuwah yang terbina juga lebih erat. Perjalanan menuju ke UPSI berjalan dengan lancar dan para peserta tiba di Bitarasiswa pada jam 1.30 petang. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada pengarah program.


Pengarah program menyampaikan hadiah kepada ketua kumpulan 

Program Kepimpinan bersama SMK Bandar Baru,Seri Petaling

Pada 27 september 2014 Kelab Fasilitator Bitara upsi telahpun menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling. Pada kali ini program yang kami adakan adalah bertemakan kepimpinan. Program ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

Pada awal sebelum slot program bermula salah seorang daripada bahagian Perancangan Korporat UPSI iaitu En.Bazli telah memberikan sedikit kata aluan dan menerangkan kepada semua pelajar dan guru mengenai Universiti Pendidikan Sultan Idris (upsi) dan video korporat juga ditayangkan pada ketika itu.

Seterusnya bermulalah program pelajar SMK Bandar Baru,Seri Petaling bersama fasilitator. Bertempat di Dewan Kuliah M,bagi sesi pagi slot 1 dimulakan. Aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking yang dikendalikan oleh saudari syifa. Aktivi tersebut berjalan dengan lancar dan pelajar memberikan respon kerjasama yang sangat baik.

Kemudian slot 2 diteruskan dengan penyampaian ceramah kepimpinan yang dikendalikan oleh saudari hayati. Ceramah kepimpinan tersebut menekankan berkenaan pentingnya seseorang individu itu untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat dan berpandangan jauh. Saudari hayati juga berkongsi dengan pelajar tentang penting juga untuk memiliki ciri kepimpinan yang secukunya agar apabila kita menjadi pemimpin kita menjadi pemimpin yang mempunyai multi skil dan kemahiran komunikasi yang cemerlang.

Sesi petang dijalankan di bahagian ruang legar Bitarasiswa. Sebelum slot 1 sesi petang dimulakan pelajar diberikan masa untuk rehat dan menunaikan solat bagi pelajar muslim. Slot 1 dimulakan dengan aktiviti Buta Pedoman yang dikendalikan oleh saudara Faesyam. Aktiviti ini bertujuan untuk menguji dan melatih kepekaan pelajar dan memupuk sikap boleh menerima kekurangan diri dan orang lain. Hal ini kerana dalam aktiviti ini pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada kelompok-kelompok yang menjadi orang buta, orang pekak dan orang bisu. Mereka dikehendaki berkomunikasi antara satu sama lain untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh fasi. Aktiviti ini sangat menguji kemahiran komunikasi dan kekreatifan para pelajar. 


LDK 1 : Buta Pedoman yang dikendalikan oleh Saudara Faesyam



Fasilitator membantu peserta menutup mata dengan helaian kain



Selesai sahaja aktiviti Buta Pedoman sebentar tadi,slot 2 pula diteruskan oleh saudara Hafiz dengan aktivitinya iaitu Nyawa dihujung jari.Aktivi ini mendedahkan pelajar untuk berani mengambil risiko dan sanggup untuk menanggungnya. Pelajar akan bertindak untuk menetapkan sendiri ketua tanpa diarahkan oleh fasilitator dan membuat keputusan mengikut ketua masing-masing. Disini kita dapat mengukur tahap kepimpinan dan kerjasama antara pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh fasi.


LDK 2: Nyawa di hujung jari

Akhir sekali majlis penutupan berlangsung pada pukul 4 petang. Majlis penutupan tersebut dihadiri oleh guru kanan sekolah smk Bandar Baru,seri petaling dan penyerahan cenderahati disampaikan kepada wakil bahagian korporat upsi dan presiden kefb iaitu Mc liy Adrian.
























Penyerahan cenderahati SMK Bandar Seri Petaling oleh guru pengiring

Sebelum pelajar smk Bandar Baru,seri petaling bertolak pulang, para fasilitator mengambil gambar beramai-ramai dihadapan Bitarasiswa bersama guru dan pelajar. Para pelajar pulang dengan gembira walaupun kelihatan penat namun kami fasilitator berharap pertemuan yang singkat ini dapat memberikan input yang berkesan untuk dimanfaatkan oleh pelajar di masa akan datang dan yang penting kenangan bersama adik-adik tidak akan kami lupakan.


Sesi fotografi bersama peserta, guru dan fasilitator


Tahniah dan selamat datang bagi Pelajar Baharu Ambilan September sesi 2014/2015 serta selamat kembali ke Pangkuan Ibu kandung Suluh Budiman

14 September 2014 yang lepas , MT dan Exco telah menghadiri Kem Pemantapan Organisasi KeFB bertempat di Escape Adventure Theme Park, Teluk Bahang, Pulau Penang. Sesi pagi dimulakan dengan taklimat oleh Cik Najidah Binti Yahaya selaku penasihat KeFB dan saudari Nur Farihah Binti Dzulkifli selaku pengarah program mengenai keselamatan dan perjalanan program. Sebelum memasuki tempat tersebut, para peserta beratur untuk mengambil tagging masing-masing.

Slot 1 iaitu Team play dimulakan. Slot ini dilakukan secara berkumpulan bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah sesama peserta. Ketahanan mental dan fizikal para peserta sangat tercabar apabila peserta memulakan aktiviti mereka di Go Ape. Pelbagai reaksi kami ketika membuat aktiviti tersebut. Aktiviti ini diceriakan lagi dengan sorakan sokongan sesama peserta. Namun, hanya terdapat segelintir sahaja peserta yang tidak dapat melakukan aktiviti ini atas kekangan yang tertentu.

Fong sedang beraksi
          Selesai sahaja aktiviti di Go Ape, peserta kemudiannya bergerak secara berkumpulan ke Flying Lemur. Kami telah memanjat bukit setinggi lebih kurang 30 meter dengan menaiki anak tangga yang telah disediakan dan dikehendaki bergayut dari pokok ke pokok sejauh 139 meter dan terdapat empat kali gayutan. Setiap kami yang naik, tidak boleh berpatah semula. Debaran jelas terpancar di wajah masing-masing apabila melihat ketinggian Flying Lemur. Namun, dengan adanya semangat dan sokongan moral, kesemua MT Exco berjaya mengharungi cabaran tersebut.

Sebelum berehat, kami meneruskan aktiviti di Jungle Swinger dan Balance Beam. Aktiviti ini memerlukan ketahanan dan fizikal dan mental pemainnya. Sokongan padu yang kuat membuatkan beberapa orang dalam kalangan kami untuk mencuba, akhirnya berjaya melepasi cabaran tersebut. Pada jam 12.45 petang, para peserta berkumpul di kafeteria untuk makan tengah hari dan solat Zohor.

Sebelah petangnya, kami menyahut cabaran di Monkey Business. Di Monkey Business ini peserta memerlukan tahap keberanian yang tinggi, kekuatan tangan, kekuatan mental dan sebagainya. Terdapat tiga level iaitu level 1 untuk mudah, level 2 dan 3 pula tahap sederhana dan susah. Sebelum bermain, kami diwajibkan untuk memakai sling belt, dan kasut untuk tujuan keselamatan.  Penerangan diberikan dengan terperinci oleh staff yang bertugas. Kami kemudiannya boleh memilih untuk menaiki mana-mana level yang telah disediakan mengikut kemampuan. Riak muka peserta masing-masing takut, gelisah dan sebagainya terpancar apabila melihat pelancong-pelancong yang lain sukar untuk melepasi beberapa halangan. Namun, kekuatan dalaman menyebabkan sifat-sifat negatif tersebut berjaya diatasi dan akhirnya para peserta berjaya mengharungi kesemua cabaran mengikut level yang dipilih.  

Syifaa menyahut cabaran monkey business
Seterusnya, kami juga berpeluang untuk mencuba pelbagai lagi aktiviti yang menarik dan mencabar. Antaranya ialah Atan’s Leap dan A-Maze. Bagi aktiviti Atan’s Leap para peserta perlu menaiki tangga setinggi 20 meter. Setelah diberikan penerangan dengan teliti, ketakutan jelas di wajah masing-masing apabila peserta kemudiannya bersedia untuk membuat terjunan. Selepas siren dibunyikan, peserta membuat terjunan dengan pelbagai aksi yang mencuit hati. Bagi aktiviti A-Maze, para peserta dikehendaki melepasi beberapa halangan untuk mencari jalan keluar. Aktiviti ini amat mencabar kesabaran dan kepekaan para peserta. Walaupun berseronok, tetapi harus ingat, objektif tercapai kerana ingin melihat ukhwah diantara MT dan Exco semakin rapat. Semoga berkekalan ukhwah ini.
Kenangan terindah kami di Escape Penang

Mengabdikan gambar kenangan di Escape Penang

           Terdahulu, pada 10 dan 11 September telah dilangsung pembukaan kaunter pengambilan ahli baharu sekaligus pembaharuan ahli nama di Pintu Timur, Kampus Sultan Abdul Jalil. Sambutan amat mengalakkan. Pada 16 September pula akan diadakan satu sesi temudaga ahli baharu oleh Penasihat KeFB, Cik Najidah. 

Hari temuduga bagi ahli baharu sesi 2014/2015

"Akademik Cemerlang, Kerohanian Terbilang"



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar ahli keFb yang di kasihi sekalian,
Admin harap kalian berada dalam keadaan sihat selalu.
Baiklah untuk kali ini admin akan menulis mengenai program yang seterusnya iaitu program “ Akademik Cemerlang, Kerohanian Terbilang”. Buat pengetahuan semua program ini diadakan pada 22 Mei 2014, bersamaan hari Khamis malam Jumaat bertempat di Bilik Seminar Bitarasiswa..
Hehehehe admin yakin semua ahli tahu tempat Bitarasiswa kan???
Kalau tidak tahu..ok sila mohon surat berhenti belajar k..
Takkan bitarasiswa tak tahu kot kan…(gurau aja)

Baiklah admin akan cerita kan serba sedikit mengenai program ni..
Opss sebelum itu, admin nak tanya siapa yang sertai program ini??
Kalau yang sertai program ini.. admin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana anda bukan sahaja mahasiswa yang cemerlang dalam bidang akademik, malah turut sama cemerlang dalam bidang kerohanian.
Buat pengetahuan semua, program ini diadakan oleh Exco Latihan Pembangunan Sahsiah Kelab Fasilitator Bitara, UPSI. Tujuan program ini diadakan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa mengenai  kepentingan pengisian rohani terutamanya ketika menjelang peperiksaan kepada semua mahasiswa khususnya dalam kalangan  ahli kelab. Selain itu, untuk pengetahuan semua, program ini juga di adakan dengan harapan dapat memberi kekuatan dan kesejahteraan kepada ahli kelab ketika menghadapi sebarang bentuk cabaran. Secara tidak langsung melalui program ini dapat membentuk keperibadian unggul seorang mahasiswa yang berkeyakinan serta bermotivasi pada masa sekarang dan masa akan datang.
Admin akan cerita serba sedikit perjalanan program yang di adakan buat kali ni. Untuk pengetahuan semua, program ini diadakan bermula pada jam 7 malam. Semua ahli kelab berkumpul untuk solat maghrib berjemaah dan bacaan solat Yasin yang di imamkan oleh ahli kelab sendiri iaitu saudara Muhammad Iqbal bin Jaafar. Kira-kira dalam pukul 8.00 malam diadakan tazkirah maghrib pula yang menyentuh mengenai akademik mahasiswa. Kemudian,  dalam pukul 8.30 sekali lagi saudara Muhammad Iqbal menjadi imam solat Isyak dan solat hajat..

Selepas solat Hajat, slot seterusnya di isi dengan perkara yang menggembirakan semua ahli..hehehehe nak tahu apa?
Semestinya jamuan makan.  Selepas semua ahli selesai makan, Slot seterunya di isi dengan Forum yang di kelolakan oleh ahli kelab sendiri yang bertindak sebagai moderator dan panel. Forum ini bertemakan akademik cemerlang, Kerohanian terbilang. Hehehe admin percaya mesti kalian nak tahu siapa moderator dan panel forum kan? betul tak?
Baiklah, moderator bagi program ini adalah sekali lagi, saudara Muhammad Iqbal bin Jaafar diapit oleh dua orang panel yang kacak dan comel iaitu saudara Muhammad Hafiz bin Jalil  dan saudari Siti Faeza Maznum Binti Musa. Wah!! admin tak sangka sungguh berbakat semua ahli kelab kita..admin yakin fasilitator seperti mereka inilah yang kita cari…
Tidak lengkap program KeFb jika tidak disertakan dengan amanat bonda yang tercinta iaitu selaku Penasihat Kelab Fasilitator Bitara, UPSI iaitu Cik Najidah binti Yahaya. Bonda menyampai amanat dengan menasihati semua ahli Kelab supaya mengimbangi bidang akademik dan juga  menitik beratkan hal ehwal kerohanian supaya dapat menjadi mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang di dunia, malah turut cemerlang di akhirat..
Penutup program ini para peserta yang terdiri daripada ahli kelab mengambil gambar kenangan bersama-sama..
Di harap melalui program yang diadakan ini dapat membantu semua ahli kelab untuk bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan datang….
Salam kasih sayang daripada admin untuk semua. di harap kalian terus bersama Kelab Fasilitator Bitara. Jangan lupa, 

“ Bergerak Seiring, Menyahut Cabaran”.