Bengkel Pengurusan Organisasi & Protokol III


Pada 4 Mei 2014, Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa Kelab Fasilitator Bitara UPSI telah mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel Pengurusan dan Organisasi III. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada bengkel yang pernah di anjurkan sebelum ini. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua mahasiswa yang juga merupakan bakal guru mengenai pengurusan organisasi yang merangkumi pengurusan mesyuarat, pengurusan organisasi dan juga ilmu berkaitan bidang protokol.

Slot pertama dan kedua iaitu pengurusan mesyuarat dan organisasi  dikendalikan sendiri oleh penasihat Kelab Fasilitator Bitara UPSI iaitu Cik Najidah bt Yahaya. Dalam slot ini banyak ilmu yang telah disampaikan oleh beliau antaranya ialah peranan dan tanggungjawab ajk, agenda mesyuarat serta senarai semak tatacara dan pengendalian. Slot seterusnya pula dikendalikan oleh mantan presiden Kelab Fasilitator Bitara UPSI iaitu saudara Mohd Raziman bin Abdul Rahman. Manakala dalam slot ini pula, perkara yang turut dikongsikan oleh mantan presiden ialah tentang protokol majlis iaitu cara menyambut tetamu vip, susun atur sesuatu majlis, jemputan dan sebagainya. Bengkel ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan banyak input yang berjaya diperoleh oleh semua peserta. Diharapkan segala input yang diperoleh akan dimanfaatkan dalam apa jua keadaan.







LASKAR PELANGI



Pada 20 April 2014 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara  (KeFB) telah mengadakan sebuah  program yang santai, namun masih tidak mengetepikan aspek tanggunjgjawab sosial kepada alam sekitar. Program ini diadakan di Tasik Embayu, Proton City. Perjalanan dimulakan dengan sesi senaman, ice breaking dan minum pagi di perkarangan Masjid Al- Mursyidin. Para fasilitator nampak begitu berkobar-kobar untuk memulakan kembara walaupun hari agak panas dan perjalanan memakan masa hampir satu jam. Mereka secara sukarela, mengutip sampah yang terdapat di sepanjang perjalanan ke Tasik Embayu. Mereka juga diberi tugasan sampingan iaitu mengira jumlah pokok di tepi jalan.






Setibanya di Tasik Embayu, kami memulakan beberapa modul yang santai, tetapi mempunyai pelbagai pengisian yang memberikan suntikan dan pengajaran di samping mengukuhkan ukhuwah ahli KeFB. Pengisian tersebut selaras dengan objektif program yang ingin menimbulkan rasa cinta dan cakna terhadap alam serta mengukuhkan silaturahim ahli keFB. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘Lukisan Alam’, ‘Selamatkan Saya’ dan ‘Jambatan Cinta’.






Usai menyelesaikan pelbagai aktiviti, semua peserta berkumpul dalam bulatan dan membuat refleksi keseluruhan mengenai perjalanan program. Mereka memberikan pelbagai respon yang positif dan pengajaran yang mereka perolehi. Program disudahkan dengan aktiviti BBQ yang telah disediakan. Usai sesi fotografi, semua peserta diarah bersiap untuk solat dan rehat sementara menunggu kenderaan untuk pulang. Program dapat disudahkan dengan jayanya hasil kerjasama semua AJK pelaksana dan peserta yang memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada petang tersebut.





Teruskan keprihatinan kita terhadap alam sekitar. Teruskan merefleksi diri agar memberikan manfaat kepada orang lain juga alam sekitar. Terima kasih atas komitmen semua. Moga berjumpa lagi !



 

DELEGASI BUMI KENYALANG

Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah melangkah lebih jauh, iaitu dengan terbang menjelajah ke Borneo iaitu melalui “Program Delegasi Bumi Kenyalang”. Program ini telah berlangsung pada 6 – 10 April 2014 yang lalu, iaitu kerjasama dengan pihak Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu antara dua buah kelab, berkongi modul, belajar budaya yang baharu dan juga untuk melebarkan lagi hubungan kerjasama antara UPSI dengan pihak-pihak IPT yang lain. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berada di UNIMAS, antaranya ialah Ice Breaking”, Perkongsian LDK/Energizer/Refreshment, Jelajah UNIMAS, Perkongsian Info antara Kelab KeFB dan PRSU. Terdapat banyak input yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan.



Ketibaan kami semua di Lapangan Terbang Sarawak di sambut oleh Pengerusi PRS (William Thambie) bersama-sama ahli kelab yang lain




Perjalanan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)



PITAS merupakan tempat kami berkumpul dan menjalankan aktiviti antara KeFB dan PRS sepanjang program berlangsung.

SLOT BERSAMA PENASIHAT KELAB FASILITATOR BITARA (KeFB)


SESI ICE BREAKING & LDK










SLOT JELAJAH UNIMAS
Aktiviti bagi Slot Jelajah UNIMAS adalah dijalanka dalam bentuk “explorace”. Banyak tempat yang dijelajah seperti Perpustakaan, JHEPA dan lain-lain lagi.




Setelah menjelajah UNIMAS di pagi hari, beriadah pula di bahagian bawah bangunan PITAS. 



Diucapkan tahniah kepada semua ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UNIMAS di atas program yang telah dijalankan, semoga segala ilmu yang telah dikongsikan dan diraih dapat dimanfaatkan pada masa yang akan datang. 







Gather Reach Our Charity (GROC)


Alhamdulilah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnianya, Program Kemasyarakatan Gather Reach Our Charity atau bahasa singkatan adalah GROC telah berlangsung pada 5 April 2014 di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sabak Bernam dengan jayanya. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak KeFB kepada warga-warga emas di sana. Antaranya adalah aktiviti gotong royong, sukaneka, mural dan sebagainya. Banyak perkongsian ilmu yang kami perolehi daripada warga emas di sana. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi. Hulurkan bantuan, ringankan beban. Antara-antara aktiviti yang telah kami lakukan pada hari tersebut.