LASKAR PELANGI



Pada 20 April 2014 yang lalu, Kelab Fasilitator Bitara  (KeFB) telah mengadakan sebuah  program yang santai, namun masih tidak mengetepikan aspek tanggunjgjawab sosial kepada alam sekitar. Program ini diadakan di Tasik Embayu, Proton City. Perjalanan dimulakan dengan sesi senaman, ice breaking dan minum pagi di perkarangan Masjid Al- Mursyidin. Para fasilitator nampak begitu berkobar-kobar untuk memulakan kembara walaupun hari agak panas dan perjalanan memakan masa hampir satu jam. Mereka secara sukarela, mengutip sampah yang terdapat di sepanjang perjalanan ke Tasik Embayu. Mereka juga diberi tugasan sampingan iaitu mengira jumlah pokok di tepi jalan.






Setibanya di Tasik Embayu, kami memulakan beberapa modul yang santai, tetapi mempunyai pelbagai pengisian yang memberikan suntikan dan pengajaran di samping mengukuhkan ukhuwah ahli KeFB. Pengisian tersebut selaras dengan objektif program yang ingin menimbulkan rasa cinta dan cakna terhadap alam serta mengukuhkan silaturahim ahli keFB. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah ‘Lukisan Alam’, ‘Selamatkan Saya’ dan ‘Jambatan Cinta’.






Usai menyelesaikan pelbagai aktiviti, semua peserta berkumpul dalam bulatan dan membuat refleksi keseluruhan mengenai perjalanan program. Mereka memberikan pelbagai respon yang positif dan pengajaran yang mereka perolehi. Program disudahkan dengan aktiviti BBQ yang telah disediakan. Usai sesi fotografi, semua peserta diarah bersiap untuk solat dan rehat sementara menunggu kenderaan untuk pulang. Program dapat disudahkan dengan jayanya hasil kerjasama semua AJK pelaksana dan peserta yang memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama, walaupun hujan turun dengan lebatnya pada petang tersebut.





Teruskan keprihatinan kita terhadap alam sekitar. Teruskan merefleksi diri agar memberikan manfaat kepada orang lain juga alam sekitar. Terima kasih atas komitmen semua. Moga berjumpa lagi !



 

DELEGASI BUMI KENYALANG

Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) telah melangkah lebih jauh, iaitu dengan terbang menjelajah ke Borneo iaitu melalui “Program Delegasi Bumi Kenyalang”. Program ini telah berlangsung pada 6 – 10 April 2014 yang lalu, iaitu kerjasama dengan pihak Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu antara dua buah kelab, berkongi modul, belajar budaya yang baharu dan juga untuk melebarkan lagi hubungan kerjasama antara UPSI dengan pihak-pihak IPT yang lain. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berada di UNIMAS, antaranya ialah Ice Breaking”, Perkongsian LDK/Energizer/Refreshment, Jelajah UNIMAS, Perkongsian Info antara Kelab KeFB dan PRSU. Terdapat banyak input yang diperolehi melalui aktiviti yang dijalankan.



Ketibaan kami semua di Lapangan Terbang Sarawak di sambut oleh Pengerusi PRS (William Thambie) bersama-sama ahli kelab yang lain




Perjalanan ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)



PITAS merupakan tempat kami berkumpul dan menjalankan aktiviti antara KeFB dan PRS sepanjang program berlangsung.

SLOT BERSAMA PENASIHAT KELAB FASILITATOR BITARA (KeFB)


SESI ICE BREAKING & LDK










SLOT JELAJAH UNIMAS
Aktiviti bagi Slot Jelajah UNIMAS adalah dijalanka dalam bentuk “explorace”. Banyak tempat yang dijelajah seperti Perpustakaan, JHEPA dan lain-lain lagi.




Setelah menjelajah UNIMAS di pagi hari, beriadah pula di bahagian bawah bangunan PITAS. 



Diucapkan tahniah kepada semua ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) UNIMAS di atas program yang telah dijalankan, semoga segala ilmu yang telah dikongsikan dan diraih dapat dimanfaatkan pada masa yang akan datang. 







Gather Reach Our Charity (GROC)


Alhamdulilah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnianya, Program Kemasyarakatan Gather Reach Our Charity atau bahasa singkatan adalah GROC telah berlangsung pada 5 April 2014 di Pusat Aktiviti Warga Emas, Sabak Bernam dengan jayanya. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak KeFB kepada warga-warga emas di sana. Antaranya adalah aktiviti gotong royong, sukaneka, mural dan sebagainya. Banyak perkongsian ilmu yang kami perolehi daripada warga emas di sana. InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi. Hulurkan bantuan, ringankan beban. Antara-antara aktiviti yang telah kami lakukan pada hari tersebut.


















Born To Be A Facilitator



Assalamualaikum.. Hye..
Bertemu kembali kita di ruangan Blog Kelab Fasilitator Bitara.. Apa Khabar semua hari ini? Sihat ke?.. Kami dari KeFB harap semua sihat la ya.. Hari ini, sy ingin berbicara lebih santai dengan anda semua. Seperti yang kita tahu sepancang semester ini, Kelab Fasilitator sudah merencanakan pelbagai aktiviti menarik buat warga KeFB bahkan seluruh warga UPSI.. Jadi, kali ini KeFB sekali lagi tampil dengan program baharu yang memupuk kemahiran fasilitator..

Selaras dengan memegang status sebagai kelab Fasilitator, KeFB muncul dengan program baharu iaitu Born To Be A Facilitator.. Program ini dijalankan pada 30 Mac 2014 bersamaan hari ahad di Dewan Sri Tanjung, Bangunan IPSI, Kolej Sultan Abdul Jalil Shah. Peserta diminta hadir pada pukul 8.00 pagi dan program tamat pada pukul 5.00 petang.

            Ramai yang hadir pada hari kejadian, bukan sahaja daripada pelajar UPSI bahkan program ini juga juga mempunyai gabungan dengan pelajar UIA, Gombak. Kehadiran mereka ini bukan sahaja memeriahkan lagi program juga memberi ilmu tambahan buat warga KeFB malahan warga UPSI. Sebelum kita pergi jauh, molek kiranya saya bercerita apa yang berlaku pada hari program berlangsung.

            Tepat pukul 8.00 pagi sudah ada peserta yang hadir mendaftar diri. Pada hari kejadian, terdapat 3 slot yang disampaikan dalam program Born To Be A Facilitator ini. Slot 1 ialah Kemahiran Facilitator dan Komunikasi yang disampaikan oleh orang hebat iaitu Mohd Faizal Bin Amir yang lebih glamor dikenali sebagai Kacak UPSI. Seterusnya,  diteruskan dengan slot kedua iaitu slot pengucapan awam yang disampaikan orang yang sangat pakar dalam kemahiran komunikasi di UPSI iaitu Khudree Adha Bin Che Ahmad yang juga ada nama terkenalnya, Pak Cik Khudree.. Tamat sahaja Slot kedua, pelajar Universiti Islam Antarabangsa mengambil tempat untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar UPSI mengenai ilmu Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

            Kedatangan-kedatangan orang hebat ini memberi ilmu yang sangat berguna kepada pelajar mengenai asas Fasilitator. Umum tahu, bahawa UPSI melahirkan pendidik-pendidik di tanah air. Perkongsian ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran sebagai fasilitator, mereka juga dapat mempelajari teknik mengajar di sekolah kelak terutamanya ketika berpraktikum. Program ini memberi pendedahan yang sangat menarik.

            Seperti yang saya kata pada awal-awal tadi, kita juga terima kunjungan daripada UIA. Kehadiran mereka ini memberikan aura yang sangat menarik dalam program ini. Idea-idea dan juga pandangan mereka memberikan kefahaman baharu. Pelajar-pelajar UPSI juga tidak kurang hebatnya, aura mereka menunjukkan bahawa bakal guru ini berkualiti bukan sahaja melalui akademik bahkan kemahiran insaniah.


            Sampai di sini dahulu coretan saya.. Jangan lupa ya, baca kisah-kisah baharu dalam blog KeFB ini. Nantikan program-program terbaharu dan kisah-kisah menarik keluarga KeFB. Yang paling penting, jangan lupa like blog KeFB ok. Haha. Bye.










DELEGASI ILMU PENGIKAT UKHWAH II

Pada 29-30 Mac yang lalu, Delegasi Ilmu Pengikat Ukhwah diadakan untuk menjalinkan kerjasama dengan kelab fasilitator di Universiti Islam Antarabangsa iaitu Student Facilitating Front UIA.  Ianya melibatkan kerjasama dari pelbagai aspek seperti perkongsian ilmu dan kemahiran bagi menghasilkan produk modal insan kelas pertama berdasarkan nilai-nilai bitara .  Atas kejayaan Program Delegasi Pengikat Ukhwah yang pertama, kerjasama yang diadakan ini telah dapat mewujudkan satu hubungan yang akrab antara Kelab Fasilitator Bitara UPSI dengan Student Facilitating Front UIAM.  Ukhwah ini telah berjaya diteruskan lagi dengan perkongsian yang lebih mantap dan lebih bersifat semasa agar usaha untuk melahirkan generasi masa depan yang bitara akan terus diperjuangkan.

            Di sini ingin kami kongsikan antara input dan pesanan yang menarik yang telah dikongsikan sepanjang program yang telah berjalan dengan penuh mesra dan santai.
“Pemimpin yang baik datang dari pengikut yang baik dan pengikut yang baik juga cerminan dari pemimpin yang baik”
“Dalam memiliki, kita perlu juga rela untuk dimiliki”
“Membaca itu bukan satu hobi, kerana itu satu keperluan”
"Jangan jadi seperti ketupat, dianyam penuh seni ;tetapi apa yang dimakan hanya isi"

Moga ukhwah ini terus membawa kita semua makin dekat denganNYA, maafkan segala kekurangan dari kami KeFB. Salam saying dan rindu buat STUFF.