Program
ini merupakan program kerohanian yang dianjurkan oleh Exco Latihan dan
Pembangunan Sahsiah Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Secara tidak langsung
melalui program ini dapat membentuk keperibadian unggul seorang mahasiswa yang
berkeyakinan serta bermotivasi pada masa sekarang dan masa akan datang. Selain
itu, dapat membentuk satu
generasi muda yang mempunyai daya kepimpinan yang unggul bagi mewarnai
kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang. Oleh
itu, usaha ke arah menjadi mahasiswa dan bakal guru yang cemerlang dapat
diperolehi dari segi kerohanian, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,
sepakat dan sebulat suara dalam melakukan aktiviti mahupun sebarang program
yang mampu meningkatkan jati diri ahli kelab itu sendiri.
Ukhwah Fillah
SEMARAK KASIH SETEGUH UKHWAH ( SEKAWAH III )
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Baru-baru ini Kelab Fasilitator Bitara UPSI telah mengadakan Program Sekawah III yang berlangsung pada 29 September 2013 iaitu hari Ahad dan bertempat di Padang Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil, UPSI. Program ini diadakan bagi mewujudkan ukhwah yang erat dan teguh di antara ahli lama dan ahli baru dalam Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Tambahan pula, program tersebut merupakan program pertama bagi sesi kali ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak. Selain itu, ia juga dapat melatih secara praktikal dalam melaksanakan tugas secara kerjasama dalam berpasukan serta mendekatkan mereka kepada program kemasyarakatan. Malah, turut menjalinkan ikatan persaudaraan dan silaturrahim yang baik dan kukuh antara ahli-ahli Kelab Fasilitator Bitara (KeFB).
Program bermula pada pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8 hingga 8.15 pagi. Alhamdulilah ramai ahli keFB yang hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
Terdapat pelbagai aktiviti telah kami jalankan sepanjang program tersebut. Semua peserta yang datang dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 8-9 orang. Aktiviti tersebut lebih kepada aktiviti sukan rakyat atau lebih dikenali sukan tradisional. Antara aktivitinya adalah mencipta layang-layang, memancing botol yang berisi air, menyumpit ke belon dan menuju tin. Semua dapat memberi kerjasama dan semangat dalam membuat semua aktiviti malah Cik Najidah juga turut bermain bersama-sama ahli-ahli KeFB.
i) Mencipta layang-layang
ii) Memancing Botol
iii) Menyumpit belon
iv) Menuju tin
Semua aktiviti telah tamat pada pukul 12.15. Kemudian, majlis penutup dirasmikan oleh penasihat KeFB iaitu Cik Najidah dan sedikit ucapan daripada pengarah program saudari Nurul Zahira. Selain itu, setiap kumpulan mendapat hadiah atas komitmen yang diberikan antaranya kumpulan paling comel, kumpulan berwawasan dan lain-lain.
Alhamdulilah program telah tamat pada 1.00 tengah hari. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga akan makin meriah pada program-program akan datang.

"Bergerak seiring menyahut cabaran"
Tahniah & Selamat Datang!
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bertemu kembali kepada semua ahli KeFB. Kepada ahli baru KeFB, selamat datang dan tahniah diucapkan. Untuk makluman, semua ahli KeFB dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program SEKAWAH III: Semarak Kasih Seteguh Ukhwah pada 29.09.2013 (AHAD).
Yuran Sekawah - RM2
Yuran keahlian - RM 5 (ahli lama)
- RM 10 (ahli baru)
Moga Ukhwah yang terjalin memberi kebaikan buat semua.
"Bergerak Seiring Menyahut Cabaran"
Alhamdulillah, pada 11 hingga 13 September yang lepas Kelab Fasilitator Bitara telah melakukan hebahan dan mengedarkan borang bagi pengambilan ahli baru bagi sesi 2013-2014. Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan. Di samping itu, pendaftaran keaktifan ahli lama turut dijalankan.
Kemudian pada 17 dan 18 September, diteruskan pula dengan sesi temuduga bagi pemilihan ahli baru. Sesi temu duga berjalan dengan lancar walaupun hanya dijalankan selama dua hari. Tambahan pula, para calon yang terlibat memberikan kerjasama dengan baik.
Tahniah kepada semua calon yang berjaya!! Kepada yang tidak berjaya boleh cuba lagi di masa hadapan. Oleh itu, bersempena program akan datang pada hari Ahad ini, semua ahli KeFB baru dan lama dijemput beramai-ramai bagi memeriahkan lagi hari keluarga KeFB, "SEKAWAH". Semoga bersama-sama dengan program ini, kita dapat menyemarakkan lagi kasih disamping meneguhkan lagi ukhwah sesama kita. ^_^
p/s: semoga kita mendapat kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. AMIN.
PESB III MADRASAH IDRISIAH BUKIT CANDAN :)
PESB III MADRASAH IDRISIAH BUKIT CANDAN :)
Alhamdulillah pada 11-12 Mei, program Peribadi Unggul Tunjang Kepimpinan telah berjaya dijalankan dengan melibatkan 9 orang fasi. Abg man,abg wan, abg mus, akk noora, akk shya, akk nurul, akk famie, akk tika, dan akk khamilah adalah fasi yang telah turut serta dalam program ini. Seperti sedia maklum, program ini telah dilakukan selama dua hari, iaitu kami telah sampai pada hari Sabtu (11 Mei) dan terus menjalankan program. Program ini diadakan di Kem Salak North (kem ini adalah kepunyaan madrasah ini sendiri) besttt sgt di kem ini. Layanan guru-guru di sini juga baik :). Kami selesa bekerjasama dengan mereka.
Program ini telah melibatkan seramai 40 orag peserta (adik-adik yang comel) daripada tingkatan dua, iaitu 20 orang lelaki dan 20 orang perempuan. Pelbagai aktiviti yang telah kami jalankan antaranya ialah ice breaking, engineer buruk, senjata apakah itu, ekplorasi pulau, yakin atau ragu-ragu, rakit hanyut , hembusan kasih dan hajratul aswad. Kami juga melakukan nyanyian lagu tema, iaitu 'Menjadi Diriku' sebagai penyuntik semangat adik-adik.
Pada hari pertama, kami telah melakukan empat aktiviti (pagi sampai petang). selepas tamat eksplorasi, kami telah diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, iaitu aktiviti kayak (fasi-fasi yang bersemangat nk main hehehe). Kami telah bermain bersam-sama adik-adik selama satu jam untuk aktiviti kayak (adik-adik lagi hebat daripada akak2 fasi rupenya). Aktiviti seterusnya dilaukan pada waktu malam.
Pada hari kedua kami telah menjalankan sedikit senaman dan sati modul iaitu hajaratul asuad. Setelah tamat, kami melakukan sedikit aktiviti gotong-royong untuk persiapan majlis penutupan. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh pengetua Madrasah Idrisiah En Khairul Anwar El Syazali Bin Musa . Penasihat kelab, Cik Najidah turut sama memeriahkan majlis pada hari tersebut. Tamat majlis penutupan, kami telah disajikan dengan ikan bakar..:) nyum nyum....sedap sangat (siap bungkus bawa balik)...kami juga sempat bergambar bersama adik-adik sebagai kenang- kenangan, Semoga kami masih diberi kesempatan untuk bersama-sama pelajar Madrasah Idrisiah.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















